suria

Keliru operasi agensi KDN sepanjang tempoh PKP, jom ambil tahu!

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) meliputi pelbagai agensi penguatkuasa yang terlibat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Susulan merebaknya Covid-19, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP antara 18 hingga 31 Mac 2020.

Sepanjang tempoh berkenaan, beberapa persoalan timbul dalam kalangan masyarakat seperti berikut:

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)

1. Apakah anggota ATM terlibat dalam pelaksanaan PKP?

Ya, seperti yang diumumkan Menteri Pertahanan selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri berkaitan PKP pada 20 Mac, ATM akan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai Ahad, 22 Mac.

Penglibatan  anggota tentera mengikut Seksyen 5 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dimana menteri memberi kuasa kepada mana-mana agensi yang difikirkan dapat menguatkuasakan perundangan berkenaan.

2. Apakah ATM akan meneruskan operasi terutama di sempadan negara?

Ya. ATM akan terus melaksanakan tanggungjawabnya di dalam dan luar negara. Langkah ini adalah antara cara untuk menghalang merebaknya virus berbahaya itu.

3. Apakah orang ramai boleh menjalani ujian saringan Covid-19 di hospital ATM?

Buat masa ini, orang ramai yang mempunyai simptom dijangkiti Covid-19 boleh ke hospital ATM untuk menjalani ujian saringan, tetapi ujian pengesahan hanya boleh dilakukan di hospital yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

4. Apakah kaunter Jabatan Hal Ehwal Veteran beroperasi sekarang?

Tidak. Kaunter Jabatan Hal Ehwal Veteran  di peringkat divisyen dan negeri ditutup. Bagaimanapun, permohonan boleh dikemukakan menerusi laman web jabatan atau menghubungi talian 03-20508000.

POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

5.Adakah perlu sebarang dokumen kebenaran dari PDRM untuk bergerak inter-state?

Buat masa ini PDRM telah menangguhkan keperluan untuk mana-mana orang mendapatkan Permit Pergerakan Rentas Negeri.

6. Sekiranya terdapat restoran/warung beroperasi seperti biasa dengan orang awam makan di premis tersebut, dengan siapakah perlu saya laporkan perkara ini bagi tujuan penguatkuasaan?

Restoran dan warung HANYA dibenarkan untuk menyediakan makanan secara take-away sama ada oleh pembeli atau melalui khidmat hantaran ke rumah. Sekiranya terdapat premis yang beroperasi seperti biasa, orang awam diminta. untuk meloporkan kepada Balai Polis yang berhampiran untuk tindakan susulan.

7. Majikan saya berkeras untuk pekerja datang ke pejabat walaupun pejabat/kilang tidak termasuk dalam senarai essential, bolehkah saya melaporkan kepada pihak PDRM?

Aduan berkaitan boleh dilaporkan terus kepada PDRM atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

8. Sekiranya terdapat sekatan jalan raya (road-block) sebagai langkah kawalan pergerakan yang dilaksanakan, adakah saya perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi membuktikan keperluan saya bergerak ke pejabat?

Majikan kepada essential services (awam dan swasta) perlu mengeluarkan surat arahan bertugas kepada setiap individu yang diarahkan bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Buat masa ini pihak PDRM tidak mengeluarkan sebarang permit pergerakan.

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

9. Sejauh manakah sekatan perjalanan  melibatkan pergerakan antara negara?

Sekatan menyeluruh meliputi semua perjalanan warganegara dan penduduk tetap Malaysia ke luar negara dan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam Negara.

10. Saya warganegara / penduduk tetap Malaysia yang sedang berada di luar negara dan berhasrat ingin pulang ke Malaysia. Adakah saya boleh pulang ke Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Bagi warganegara dan penduduk tetap Malaysia yang pulang dari luar Negara, mereka dibenarkan masuk dan dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin sendiri (self-quarantine) selama 14 hari.

11. Adakah PKP bagi warganegara Malaysia (Semenanjung) bebas untuk bergerak ke Sabah / Sarawak?

Ya, terpakai bagi perjalanan domestik kecuali bagi warganegara Malaysia yang sedang bercuti, belajar atau bekerja/menjalankan tugas rasmi di Sabah/Sarawak adalah tidak dihalang untuk kembali ke Semenanjung dan sebaliknya.

Pergerakan dari Semenanjung ke Sabah :

i. Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan yang masuk ke negeri Sabah untuk menjalankan essential services tertakluk kepada surat pengesahan

Ketua Jabatan yang dikeluarkan khusus setiap kali keperluan tugas.

ii. Pekerja sektor swasta yang masuk ke negeri Sabah untuk menjalankan tugas-tugas essential services tertakluk kepada surat pengesahan majikan yang dikeluarkan khusus setiap kali keperluan tugas.

iii. Penduduk Sabah yang bukan berasal dari Sabah (non-Sabahan) termasuk suami/isteri dan anak mereka dengan pemegang Pas Penduduk Tetap Sabah, penduduk Sabah dibawah Pas Kerja, Pas Pelajar, Pas Lawatan Sosial jangka panjang atau apa-apa perintah pengecualian dibenarkan masuk tertakluk kepada kuarantin sendiri selama 14 hari, stay home notice. Pasangan yang bukan penduduk Sabah perlu menunjukkan bukti perkahwinan.

Pergerakan dari Semenanjung ke Sarawak :

i. Penduduk Sarawak yang bukan berasal dari Sarawak (non-Sarawakian) termasuk suami/isteri dan anak mereka dibenarkan masuk tertakluk kepada kuarantin sendiri selama 14 hari, stay home notice. Pasangan yang bukan penduduk Sarawak perlu menunjukkan bukti perkahwinan.

ii. Penduduk Sarawak yang bukan berasal dari Sarawak (non-Sarawakian) termasuk suami/isteri dan anak mereka dengan pemegang Pas Kerja, Pas Pelajar, Pas Lawatan Sosial jangka panjang adalah dibenarkan masuk tertakluk kepada kuarantin sendiri selama 14 hari, stay home notice. Pasangan yang bukan penduduk Sarawak perlu menunjukkan bukti perkahwinan.

iii. Pemegang MyPR Sarawak dibenarkan masuk tertakluk kepada kuarantin sendiri selama 14 hari, stay home notice.

iv. Penjawat awam yang bukan anak tempatan Sarawak (non-Sarawakian) termasuk suami/isteri dan anak mereka yang bertugas di Sarawak dibenarkan masuk tertakluk kepada kuarantin sendiri selama 14 hari, stay home notice. Pasangan yang bukan penduduk Sarawak perlu menunjukkan bukti perkahwinan.

v. Rakyat Brunei / Indonesia (Kalimantan) / Rakyat Malaysia (Sabah) dan Singapura yang transit dari Kalimantan dan Brunei melalui jalan darat perlu berlepas dan perlu melaporkan diri kepada Pegawai Imigresen di pintu masuk CIQS (Tebedu, Tedungan dan Sungai Tujuh, Merapok, Mengkalap, Biawak, Lubuk Antu dan Pandaruan) pada hari yang sama dengan Pas Transit.

vi. Untuk anak tempatan Sarawak/bukan anak tempatan Sarawak yang memegang Pas Kerja Sarawak/Pas Pelajar/Pas Lawatan Jangka Panjang daripada Limbang, Lawas atau Miri yang merentasi Brunei perlu memohon pengecualian kuarantin sendiri selama 14 hari.

vii. Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan yang masuk ke negeri Sarawak untuk menjalankan essential services tertakluk kepada surat pengesahan

Ketua Jabatan yang dikeluarkan khusus setiap kali keperluan tugas. Walau bagaimanapun, setiap warganegara yang melakukan pergerakan

tersebut adalah tertakluk kepada arahan/garis panduan terkini yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

12. Adakah warganegara dan penduduk tetap Malaysia yang mempunyai permit bekerja di luar negara dibenarkan keluar dari Malaysia ke negara tersebut?

Warganegara dan penduduk tetap Malaysia yang mempunyai permit kerja iaitu Pemegang Pas Jangka Panjang di mana-mana negara BOLEH KELUAR dari Malaysia ke negara tersebut DENGAN SYARAT TIDAK PULANG KE MALAYSIA SEBELUM 31 MAC 2020.

13. Adakah warganegara dan penduduk tetap Malaysia yang mempunyai permit kerja di Singapura, dibenarkan untuk berulang-alik ke Singapura?

TIDAK BOLEH BERULANG-ALIK. Warganegara dan penduduk tetap Malaysia yang mempunyai permit kerja sah di Singapura, dibenarkan keluar ke Singapura untuk bekerja dengan syarat mempunyai surat panggilan kerja daripada majikan di Singapura dan persetujuan bertulis bahawa kemudahan penginapan disediakan oleh majikan sehingga 31 Mac 2020.

14. Adakah warganegara dan penduduk tetap Malaysia atau warganegara asing dibenarkan untuk memandu kenderaan berat merentasi sempadan Negara?

Warganegara dan penduduk tetap Malaysia atau warganegara asing yang memandu kenderaan berat untuk tujuan membawa essential services related items / commercial items adalah dibenarkan keluar dan masuk serta dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan di pintu-pintu masuk berkaitan. Walau bagaimanapun, pergerakan item tersebut adalah tertakluk kepada arahan semasa yang dikeluarkan oleh agensi lain yang berkaitan.

15. Saya warga asing / pelancong asing pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS) yang sedang berada di Malaysia. Jika pas saya akan tamat dalam tempoh PKP, apakah yang perlu saya lakukan?

Pelawat / pelancong asing dibenarkan keluar dari Malaysia dan tidak dibenarkan kembali semula sepanjang tempoh sekatan PKP berkuat kuasa.

16. Sekiranya saya hendak pulang ke negara asal tetapi negara saya sedang dalam lockdown dan tiada sesiapa dibenarkan keluar atau masuk dan tiada penerbangan keluar, bolehkah saya terus berada di Malaysia?

Boleh, warga asing yang tidak boleh pulang disebabkan perkara di atas boleh memohon Pas Khas (Special Pass) dari Pejabat JIM terdekat dengan kadar segera selepas tempoh PKP tamat, dengan syarat memiliki dokumen perjalanan yang masih dalam tempoh sah laku.

17. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya tempoh sahlaku Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pekerja asing saya tamat dalam tempoh PKP ini sedangkan pekerja asing masih berada di Malaysia?

Mana-mana warga asing yang merupakan pemegang pas jangka panjang di Malaysia (seperti PLKS, Pas Penggajian (Pas Ekspatriat), Pas Pelajar, Pas Tanggungan (kepada Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang) dan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (MM2H)) yang tamat tempoh semasa PKP, sekiranya :

(i) berhasrat pulang ke negara asal, adalah dibenarkan keluar melalui pintu-pintu masuk / keluar tanpa perlu memperbaharui pas;

(ii) berhasrat melanjutkan tempoh pas sedia ada, pembaharuan hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari selepas tempoh perintah kawalan pergerakan tamat.

Nota: Pemohon hendaklah memiliki dokumen perjalanan yang masih dalam tempoh sah laku.

18. Sekiranya pemegang pas jangka panjang di Malaysia pulang bercuti di negara asal dan ingin masuk ke Malaysia dalam tempoh PKP. Bolehkah dia dibenarkan masuk ke Malaysia?

Semua warganegara asing TIDAK DIBENARKAN masuk ke Malaysia termasuk pemegang pas seperti Pas Lawatan Kerja Sementara, Pas Penggajian (Pas Ekspatriat), Pas Pelajar, Pas Tanggungan (kepada Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang) dan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (MM2H). Pengecualian hanya diberikan kepada:

i. Suami / Isteri dan anak kepada Warganegara Malaysia dibenarkan masuk dengan syarat mempunyai Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (Suami / Isteri) dan Pas Tanggungan serta menjalani kuarantin sendiri (self quarantine) selama 14 hari.

ii. Diplomat asing yang bertugas di perwakilan dalam negara dibenarkan masuk dan menjalani kuarantin sendiri (self quarantine) selama 14 hari. Sekiranya pasangan atau keluarga diplomat ingin masuk bersama ke Malaysia, mereka perlu mempunyai Pas Tanggungan.

iii. Pemegang Pas Ekspatriat yang terlibat dalam essential services (seperti senarai yang telah ditentukan) perlu mendapat kelulusan Kementerian / Agensi Kawal selia berkaitan dan seterusnya kelulusan Ketua Pengarah Imigresen sebelum pelepasan ke Malaysia, di samping menjalani kuarantin sendiri (self-quarantine) selama 14 hari.

19. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya berada di luar negara dan pas jangka panjang saya akan tamat dalam tempoh PKP.

Sekiranya pas tamat tempoh semasa perintah kawalan pergerakan dan pemegang pas berada di luar negara, mereka dibenarkan kembali semula ke negara ini dalam tempoh tiga bulan selepas tamat tempoh perintah kawalan pergerakan ini berakhir dan dikehendaki memperbaharui pas dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh masuk ke Malaysia.

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

20. Bagaimana JPN menghadapi dan menangani penularan wabak Covid-19?

JPN telah melaksanakan tindakan pencegahan seperti:

a. Menyediakan petugas untuk memeriksa suhu badan kakitangan dan pelanggan;

b. Menyediakan cecair sanitasi di pintu-pintu masuk Jabatan dan kaunter- kaunter urusniaga;

c. Meningkatkan tahap kebersihan premis; dan

d. Mewajibkan petugas dikaunter memakai penutup mulut (mask) dan sarung tangan getah (rubber glove)

21. Bilakah waktu operasi kaunter JPN?

Waktu operasi kaunter JPN bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang

22. Bagaimana pula status operasi kaunter-kaunter JPN di UTC seluruh Negara?

Kerajaan telah memutuskan bahawa operasi semua UTC ditutup kepada umum bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. Penguatkuasaan ini berdasarkan surat arahan daripada Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 17 Mac 2020.

23. Apakah jenis urusniaga dan perkhidmatan kaunter JPN yang dibuka?

Hanya satu (1) urusniaga dibenarkan iaitu :

a. Permohonan Kad Pengenalan rosak dan hilang sahaja.Permohonan Kad Pengenalan kali pertama (12 Tahun) boleh ditangguhkan dahulu sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berakhir;

JPN menasihatkan orang ramai untuk menangguhkan urusan di JPN kecuali bagi urusan mendesak dan kecemasan sahaja seperti urusan perbankan, perkerjaan, perkhidmatan kesihatan dan yang berkaitan dengan agensi penguatkuasa sahaja.

24. Bagaimana urusan di bahagian urusniaga utama yang lain?

Sepanjang tempoh perintah kawalan ini semua urusniaga kaunter Bahagian Kewarganegaraan (BWN), Bahagian Perkhahwinan dan Penceraian (BKC) dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) ditangguhkan.

Bagi urusan semakan atau pertanyaan boleh menghubungi talian :

a. Urusan perkahwinan dan penceraian : 03 8880 8134

b. Urusan siasatan dan penguatkuasaan : 03 8880 7700

c. Urusan semakan permohonan status kewarganegaraan : 03 8880 8171

25. Adakah urusan daftar lewat kad pengenalan dan daftar lewat kelahiran masih diteruskan?

Semua urusan daftar lewat kad pengenalan dan daftar lewat kelahiran ditangguhkan sepanjang tempoh PKP.

26. Adakah kutipan kad pengenalan (MyKAD, MyPR dan MyKAS) boleh dibuat?

Pelanggan diminta hadir membuat kutipan kad pengenalan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sekiranya tiada keperluan mendesak seperti urusan perbankan, pekerjaan, perkhidmatan kesihatan dan yang berkaitan dengan agensi penguatkuasaan. Bagi tempoh ini, slip kad pengenalan sementara (KPPK09/KPPK11) boleh digunakan sebagai pengenalan diri.

27. Urusan Permohonan MyPR dan MyKAS masih boleh dibuat?

Tiada urusan permohonan MyPR dan MyKAS semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

JABATAN PENJARA MALAYSIA

28. Bolehkah banduan/penghuni institusi Penjara berjumpa dengan ahli keluarga atau pihak luar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Semua perjumpaan banduan dengan keluarga, peguam, polis dan pihak kedutaan DITANGGUHKAN.

Ini termasuklah semua perpindahan banduan ke institusi lain dan juga pergerakan banduan keluar di bawah Seksyen 31 seperti menziarahi kematian dan ahli keluarga yang sakit juga terpaksa DITANGGUHKAN.

29. Bagaimana pihak keluarga boleh berhubung dengan banduan/penghuni sekiranya berlaku kematian?

Pihak keluarga boleh menghubungi institusi Penjara di mana banduan/penghuni ditempatkan untuk memaklumkan maklumat berkenaan melalui pihak Penjara.

30. Adakah Pejabat Parol Daerah dibuka seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Ya.

31. Adakah pelepasan parol mengikut tarikh ditetapkan? 

Pelepasan parol DITANGGUHKAN sehingga 1 April 2020 dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

32. Adakah operasi dan kelas pembelajaran di Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti berjalan seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Tidak, semua operasi dan kelas pembelajaran ditangguhkan.

LEMBAGA PENAPISAN FILEM

33. Adakah proses permohonan baharu penapisan filem dan bahan publisiti filem diproses sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan?

Semua permohonan baharu penapisan filem dan bahan publisiti filem DIBEKUKAN dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

34. Adakah permohonan permohonan penapisan filem dan bahan publisiti filem yang telah diterima sehingga 17 Mac 2020 akan diproses?

Semua permohonan penapisan filem dan bahan publisiti filem yang telah diterima sehingga 17 Mac 2020 akan DIPROSES sewajarnya mengikut prosedur semasa hingga selesai.

35. Adakah proses pembayaran bagi urusan penapisan filem dan bahan publisiti filem boleh dibuat sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan?

Urusan pembayaran bagi penapisan filem dan bahan publisiti filem DITANGGUHKAN ke 1 April 2020.

JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA

36. Apakah punca kuasa Jabatan Sukarelawan Malaysia bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan?

Jabatan Sukarelawan Malaysia telah diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang telah diwartakan pada 18 Mac 2020.

37. Apakah peranan anggota RELA sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini?

Anggota RELA ditugaskan :

i. Membantu melaksanakan kawalan keselamatan perimeter Stesen Kuarantin yang ditubuhkan atas arahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN);

ii. Melaksanakan rondaan di sekitar kawasan yang ditetapkan oleh Pengarah;

iii. Bahagian Operasi/ Pegawai yang diberi kuasa;

iv. Mengarahkan orang ramai yang berkumpul dan berkeliaran supaya pulang ke rumah;

v. Mengarahkan peniaga-peniaga premis menjual makanan supaya tidak menghidangkan makanan (dine-in) di premis masing-masing;

vi. Mengarahkan premis yang tidak menyediakan keperluan asas (essentials) supaya ditutup dengan segera;

vii. Melaporkan ketidakpatuhan larangan PKP kepada bilik gerakan negeri;

viii. Membuat pengawasan kepada orang-orang yang diarahkan kuarantin oleh Pejabat Kesihatan Daerah;

ix. Menyalurkan maklumat/ isu-isu lapangan mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan; dan

x. Melaporkan segera insiden yang berlaku di lapangan terus untuk tindakan Bilik Gerakan.

38. Bagaimanakah untuk berhubung dengan Ibu Pejabat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA Malaysia) bagi sebarang pertanyaan berkenaan arahan semasa penugasan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Sebarang pertanyaan berkenaan pelaksanaan arahan-arahan semasa penugasan RELA sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung boleh dibuat menerusi talian 03 88 703692.

ONE STOP CENTRE (OSC), KEMENTERIAN DALAM NEGERI

39. Adakah Kaunter One Stop Centre (OSC), Kementerian Dalam Negeri beroperasi dalam tempoh PKP?

Kaunter One Stop Centre (OSC), Kementerian Dalam Negeri DITUTUP sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini. Pemakluman penutupan operasi telah dikeluarkan pada 17 Mac 2020 menerusi hebahan di media sosial rasmi KDN.

BAHAGIAN PENDAFTARAN NEGARA DAN PERTUBUHAN

40. Adakah urusan pengambilan Surat Keputusan Kewarganegaraan boleh dibuat sepanjang penguatkuasaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Segala urusan pengambilan Surat Keputusan Kewarganegaraan BOLEH DIAMBIL SELEPAS tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tamat. 

BAHAGIAN PENGURUSAN PEKERJA ASING

41. Adakah sesi temuduga dibuka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Kaunter temuduga akan ditutup sepanjang tempoh kawalan pergerakan berkuatkuasa.

39. Sekiranya tarikh akhir bayaran levi jatuh pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, adakah syarikat akan memperolehi tempoh lanjutan bayaran?

Tempoh bayaran levi akan dilanjutkan selama dua minggu selepas tempoh perintah kawalan pergerakan tamat. Lanjuitan ini akan diberikan kepada majikan yang tamat tempoh bayaran levi dalam tempoh penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan.

40. Adakah urusan kemasukan pekerja asing ke dalam negara masih berlangsung sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan?

Sebarang urusan pekerja asing ke dalam negara diberhentikan seketika sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

41. Bolehkah pelanjutan diberikan kepada majikan yang tamat kelulusan bersyarat pekerja asing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Tidak. Tempoh 18 bulan yang diberikan oleh kerajaan adalah memadai bagi mengurus kemasukan pekerja asing ke dalam negara.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

42. Apakah saluran yang diwujudkan sekiranya terdapat sebarang aduan berkaitan Kementerian Dalam Negeri?

Sebarang aduan atau pertanyaan boleh dibuat menerusi :

i. Bilik Gerakan KDN : 03- 8886 8110 / 03-8886 8126

Waktu Operasi :8.00 pagi -12.00 tengah malam.

ii. Emel : [email protected]

iii. Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Dalam Negeri menerusi : http://www.moha.gov.my/index.php/ms/maklumbalas-aduan.











KDN, ATM, PDRM, Covid-19, PKP

Artikel Lain