suria

Lelaki dirawat di Hospital P.Pinang korban ke-10 Covid-19

Malaysia catat kematian ke-10 akibat Covid-19 pada Ahad.AZHAR MAHFOF/THE STAR

PENULARAN wabak Covid-19 menyaksikan dua lagi kematian dilaporkan pada Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan 10 kematian.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mangsa merupakan lelaki berusia 74 tahun, juga daripada kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor di Perlis maut akibat Covid-19, korban ke-9 di negara ini

"Kes ke-10, lelaki warganegara Malaysia berusia 74 tahun daripada kluster jemaah tabligh iaitu kes ke-259.

"Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac 2020, positif Covid-19 pada 14 Mac.

"Beliau diberikan bantuan alat pernafasan setelah kesihatannya merosot. Beliau meninggal dunia pada pukul 4.05 petang, 22 Mac 2020," ujarnya menerusi sidang media pada Ahad.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham turut memaklumkan 123 kes baharu pada Ahad, menjadikan keseluruhan sebanyak 1,306 setakat ini.

"25 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pd 22 Mac 2020. Jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 139 kes.

"Terdapat 123 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 meningkat 1,306," ujar Dr Noor Hisham.

tabligh, Covid-19, maut, korban

Artikel Lain