suria

Doktor di Perlis maut akibat Covid-19, korban ke-9 di negara ini

Risalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikeluarkan mengenai langkah-langkah pencegahan Covid-19.

KAKITANGAN perubatan pertama meninggal dunia di Kangar, Perlis akibat Covid-19 pada pagi Ahad.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kematian itu melibatkan doktor perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berusia 48 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Turki.

“Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat pertambahan satu lagi kes kematian baru berkaitan Covid-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor sedang kritikal didakwa ‘demand’ wad first class, tak dedah balik dari Turki... isteri beri penjelasan– “Doakan suami saya sembuh”

ARTIKEL BERKAITAN: Hari duka buat Malaysia, terkini Covid-19 catat 8 kematian

“Beliau disahkan meninggal dunia pada pukul 10.33 pagi, 22 Mac 2020,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Dr Noor Hisham berkata, ia merupakan kes kematian kesembilan akibat wabak itu di negara ini dan kematian pertama dalam kalangan kakitangan kesihatan.

“Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

“Beliau telah disahkan positif Covid-19 pada 18 Mac dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan beliau merosot.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa kes jangkitan Covid-19 itu disyaki bukan dalam kalangan petugas barisan hadapan (frontliners) mahupun rakan kerja yang berhadapan dengan pesakit dijangkiti virus itu.

"Ia adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara," katanya.

doktor, Covid-19, meninggal dunia, Turki

Artikel Lain