suria

Jurusolek rugi RM10K di WeChat gara-gara topeng muka

Sejumlah RM10,000 dipindahkan ke dua akaun berlainan tapi topeng muka tidak diterima.

JURUSOLEK kerugian RM10,000 kerana diperdaya kenalan menerusi aplikasi sembang WeChat selepas menempah topeng muka.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa berusia 21 tahun melihat tawaran penjualan topeng muka menerusi aplikasi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pakai topeng muka pun tak dijamin selamat kalau...” - Pembantu doktor nasihat golongan obses face mask, ‘borong’ tak ingat orang lain

"Mangsa membuat tempahan dalam jumlah yang banyak iaitu 200 kotak bernilai RM10,000 tetapi tidak menerimanya," katanya.

Pada 16 dan 18 Mac lalu dia telah memindahkan sejumlah RM10,000 ke dua akaun berbeza yang disediakan suspek.

Bagaimanapun, selepas membuat bayaran dia gagal menghubungi kenalan di WeChat itu apabila nombar telefon suspek tidak lagi berfungsi.

Ketika itu, katanya, mangsa yang menyedari dirinya telah ditipu telah membuat laporan polis pada Sabtu, 21 Mac.

Kes berkenaan katanya disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
















Sibu, jurusolek, topeng muka

Artikel Lain