suria

“Pakai topeng muka pun tak dijamin selamat kalau...” - Pembantu doktor nasihat golongan obses face mask, ‘borong’ tak ingat orang lain

Siha menasihatkan orang awam supaya mengikuti perintah yang dikeluarkan kerajaan untuk tidak keluar rumah.

WABAK Covid-19 yang kini sedang 'giat' merebak ke seluruh dunia, orang ramai dilihat tergesa-gesa membeli barang keperluan di pasar raya.

Tidak terkecuali pembelian topeng muka (face mask) yang mana bekalan stoknya kini menjadi semakin terhad.

Seorang pembantu doktor di bilik bedah tampil memberi pandangan peribadinya tentang pandangan orang awam bahawa tidak perlu membeli topeng muka dalam skala yang besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Biadab, pengotor! Pemuda kumpul kahak, ludah pada butang lif - “Jangan lambat sangat tangkap orang macam ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman terburuk... mangsa Covid-19 kongsi pengalaman dikuarantin, paling cemas sukar tarik nafas panjang

Hanya mahu dikenali sebagai Siha, beliau yang bekerja di sebuah hospital swasta memberitahu bahawa penggunaan topeng muka di hospital kini mula dicatu disebabkan ketiadaan stok.

"Kami sekarang mempunyai masalah stok topeng muka di hospital, lebih-lebih lagi kami yang terlibat melakukan pembedahan setiap hari.

"Setiap topeng hanya boleh digunakan sekali untuk setiap pembedahan bagi mengelakkan wabak berjangkit ke pesakit seterusnya.

"Walaupun tak kotor, kita tak tahu kalau pesakit sebelum ini ada penyakit seperti HIV, hepatitis atau penyakit berjangkit yang lain," ujarnya ketika ditemubual mStar.

Siha meminta orang awam memberi keutamaan penggunaan topeng muka kepada orang yang lebih memerlukan.

Menurut Siha, tidak salah bagi orang awam untuk mempunyai simpanan topeng muka di rumah, namun sebaiknya biarlah ia hanya dalam kuantiti yang diperlukan.

"Mereka perlu utamakan penggunaan topeng muka kepada orang yang lebih memerlukan seperti kakitangan perubatan, kanak-kanak dan orang tua.

"Pernah saya lihat seorang individu memakai topeng muka dalam kereta dan saya tidak rasa tindakan itu wajar.

"Selain itu, topeng muka juga tidak perlu dipakai dalam pejabat kerana di setiap pintu masuk pejabat akan dilakukan semakan suhu badan untuk memastikan seseorang itu sihat atau tidak.

"Jika ada pekerja yang tidak sihat sekali pun, sudah tentu pihak majikan akan menyuruh pekerja tersebut pulang," tambahnya lagi.

Kami sekarang mempunyai masalah stok topeng muka di hospital, lebih-lebih lagi kami yang terlibat melakukan pembedahan setiap hari.

SIHA

Dalam pada itu, Siha memberitahu wabak Covid-19 bukanlah sebuah penyakit bawaan udara.

"Virus ini akan tersebar apabila air liur (droplets) pesakit terkena kepada orang lain dan kemudiannya disentuh pada bahagian muka.

"Pakai topeng muka sekali pun tak dijamin selamat kalau air liur yang positif Covid-19 terkena pada topeng tu, wabak tersebut mampu bertahan selama 8 hingga 10 jam," ujar wanita berusia 30 tahun itu.

Siha sempat berkongsi tips bagi mengelakkan penyebaran Covid-19 berlaku kepada orang awam.

"Perlu kerap mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman atau membasuh tangan dengan air biasa.

"Selain itu, tidak keluar dari rumah juga mampu mengurangkan penyebaran wabak Covid-19 sekali gus dapat mengurangkan penggunaan topeng muka," beritahunya yang meminta kerjasama orang awam untuk tidak membeli topeng muka dengan banyak.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
topeng muka, Covid-19, hospital

Artikel Lain