Doktor cemas, sekampung kecoh! Pemuda dakwa kontak pesakit positif Covid-19 lari dari bilik isolasi - “Dia tunduk muka, beritahu sesuatu yang mengejutkan”

Petugas Kesihatan Daerah Kuantan melakukan proses saringan kepada penumpang penerbangan Singapura-Kuantan yang tiba di terminal ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS) bagi mencegah penularan jangkitan COVID-1, baru-baru ini. Foto Bernama

CEMAS! Begitulah yang dialami seorang doktor apabila seorang pesakit yang mendakwa dirinya merupakan kontak dengan individu positif Covid-19 ‘hilang’.

Puas dicari satu klinik kesihatan hingga ke belakang premis tetapi individu yang dicari tidak dijumpai, hingga memaksa pegawai perubatan menghubungi ketua kampung.

Berkongsi pengalaman itu, Dr Mohamad Amirul Juraimi Azhar berkata, kejadian berlaku pada Isnin lalu, hanya beberapa jam selepas beliau selesai memeriksa seorang peserta perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur, yang dikaitkan dengan ratusan kes Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Biadab, pengotor! Pemuda kumpul kahak, ludah pada butang lif - “Jangan lambat sangat tangkap orang macam ni”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minta tolong untuk tempoh 2 minggu ini saja” – Tolonglah! PM rayu ‘stay at home’... jangan balik kampung

Doktor berusia 29 tahun itu memberitahu, pesakit tersebut pada awalnya tidak mengisytiharkan dirinya mempunyai kontak dengan mana-mana individu yang dijangkiti virus tersebut.

“Seorang pemuda berusia awal 20-an datang ke klinik dalam keadaan batuk. Jururawat bertugas tanya di kaunter saringan, dia jawab tak pergi program ijtimak tabligh, bukan pulang dari luar negara dan tak kenal mana-mana pesakit Covid-19.

“Sebab kalau dia kata dirinya ada kaitan dengan Covid-19, kita akan bawa dia terus ke bilik isolasi untuk pemeriksaan lanjut. Suhu badan pula kurang dari 38 darjah celsius, jadi dia dibenarkan masuk ke klinik dan tunggu giliran macam biasa,” katanya kepada mStar, sambil menambah bahawa peserta ijtimak tabligh yang diperiksanya sebelum itu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Kelihatan paparan LED menunjukkan pemakaian penutup hidung dan mulut sebagai langkah berjaga-jaga susulan penularan Covid-19 ketika tinjauan di sekitar ibu kota. Foto Bernama

Dr Amirul yang bertugas di wad isolasi di sebuah klinik kesihatan di Kelantan berkata, selepas melakukan pemeriksaan, pesakit dimaklumkan oleh seorang doktor yang memeriksanya bahawa keadaannya terkawal dan tidak perlu bimbang apatah lagi dia mengaku tiada kontak dengan mana-mana individu positif Covid-19 ketika ditanya jururawat.

“Tiba-tiba dia kata ada (kontak), kawannya positif Covid-19. Memang cuak doktor dan jururawat kat situ, temasuk seorang doktor lain yang hamil. Dia sepatutnya beritahu sebelum masuk klinik tadi, menyebabkan jururawat bergegas bawa dia ke bilik isolasi untuk pemeriksaan.

“Saya yang bertugas di bilik isolasi baru selesai solat masa tu, jadi minta pesakit tunggu dulu di bilik isolasi dan saya pakai PPE (peralatan pelindung diri), bertutup dari kepala sampai ke kaki.

“Bila saya masuk bilik isolasi, pesakit tak ada. Beberapa petugas cari pesakit ni, dari tandas hingga ke luar dan belakang klinik, tapi tak jumpa. Sah! Pesakit dah lari,” katanya yang berasal dari Bachok, Kelantan.

Kakitangan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memakai Peralatan Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment) (PPE) bergerak memasuki zon merah untuk menghantar makanan kepada pesakit di bawah pengawasan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang menjadi Pusat Pemantauan. Foto Bernama

Memandangkan hanya mempunyai butiran nama penuh, nombor kad pengenalan dan nama kampung, maka pegawai perubatan menghubungi penghulu kampung.

“Lima minit sebelum klinik nak tutup pukul 5 petang, dia datang bersama ayahnya. Saya syak mungkin tok penghulu call ayah dia, dan bawa anaknya ke klinik.

“Pesakit tu masuk bilik isolasi dan saya pakai PPE yang baharu sebab PPE kena buang selepas digunakan untuk tujuan keselamatan, nak pakai pula ambil sekurang-kurangnya 15 minit.

“Saya tanya dia tadi lari ke mana, dia jawab jemput adik kat sekolah. Masa tu saya dah syak dia tipu sebab sekarang ni tengah cuti sekolah,” katanya.

Pemakaian topeng muka oleh orang ramai sebagai langkah pencegahan susulan penularan COVID-19 ketika tinjauan di sekitar ibu kota. Foto Bernama

Kerana disyaki mempunyai kontak dengan individu positif Covid-19, Dr Amirul perlu mendapatkan butiran terperinci dan spesifik seperti bila masuk hospital dan dimasukkan atas sebab apa? Dia bekerja Kuala Lumpur (KL), jadi nak trace perjalanan dia.

“Tiba-tiba dia tunduk muka, dan beritahu sesuatu yang mengejutkan saya. Dia cakap, dia sebenarnya nak sijil cuti sakit (MC). 

“Saya tak puas hati dengan jawapan tu, saya minta dia pandang saya dan saya tanya lagi pasal kawan dia. Saya juga cakap ‘ini berkaitan hidup dan mati. Kalau awak dijangkiti, maknanya ayah awak berkemungkinan dijangkiti dan awak harus bertanggungjawab sebab melarikan diri daripada pemeriksaan kesihatan.

Orang sihat datang ke klinik untuk mendapatkan MC adalah perkara biasa. Tapi menipu dengan menggunakan alasan Covid-19 semata-mata untuk mendapatkan MC itu adalah perbuatan yang sangat melampau

DR AMIRUL

“Dia cuma kata nak MC untuk Rabu dan Khamis, sebab dia cuti Selasa. Dia kata penat nak balik KL kalau terus kerja. Masa tu saya memang naik angin sebab kami sampai fikir kalau tak jumpa dia, memang nak buat laporan polis.

“Dengan muka kasihan dan tanpa rasa bersalah, dia masih merayu minta MC. Tapi berdasarkan pemeriksaan kesihatan, dia memang tak layak diberikan MC sebab cukup fit selain MC yang diminta adalah dua hari berikutnya.

“Orang sihat datang ke klinik untuk mendapatkan MC adalah perkara biasa, dah lali pun. Tapi menipu dengan menggunakan alasan Covid-19 semata-mata untuk mendapatkan MC itu adalah perbuatan yang sangat melampau,” tambahnya.

Operasi pembersihan sanitasi di Wisma Bernama bagi mencegah penularan Covid-19. Foto Bernama

Dr Amirul menyifatkan pesakit tersebut tidak bertanggungjawab kerana mempermainkan wabak Covid-19 dengan kes yang semakin meningkat dengan dua kematian setakat ini.

“Bukan saja berlaku pembaziran sebab sudah terbuang dua PPE yang berkos tinggi, malah ia boleh digunakan untuk pemeriksaan yang lebih memerlukan.

“Paling penting adalah risiko dijangkiti, sebab kalau benar dia mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19, dia telah mendedahkan dirinya dengan sengaja kepada semua orang di klinik, kita dah kena cari seorang demi seorang pula untuk kenal pasti.

“Dalam situasi sekarang adalah tidak wajar untuk bergurau atau menipu melibatkan Covid-19 memandangkan ia sesuatu yang menjadi kebimbangan semua orang, yang disifatkan sebagai perbuatan yang pentingkan diri sendiri dan sangat tidak bertanggungjawab,” katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain