suria

“Saya tak ada girlfriend, main dengan kawan sajalah” - ‘Padah’ galak main filter Instagram, akhirnya kepala jadi mangsa

Keseronokan bermain filter di Instagram apabila Aiman terima padah tidak lama selepas itu.

SERING kita dengar pesanan daripada orang tua - 'kalau seronok, jangan seronok sangat, nanti menangis tak berlagu'.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai sebuah video lucu yang dimuatnaik seorang oleh pengguna Twitter menerusi akaun @aiman_zaidin dan tular baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai kisah tersebut kepada mStar, Aiman Zaidin, 20, memberitahu ia berlaku ketika dia bersama dua lagi rakannya sedang bermain filter di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh menggeletar lutut lawan! Atlet sekolah kongsi ultras perempuan ubah keputusan perlawanan selepas lewat tiba

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah detik cemas bersalin di wad ‘asing’, doktor anggap berlaku keajaiban - “Darah keluar macam air terjun”

"Masa tu saya tengah buat assignment, tengok kawan saya main filter IG macam syok, tu yang saya join sekali lepas tu.

"Filter tu untuk couple sebenarnya, untuk tengok pemain sweet ke tak dengan pasangan masing-masing, tapi saya tak ada girlfriend, main filter dengan kawan sajalah.

"Cara bermain permainan tu kita kena sync (sama), kalau saya ke kiri, kawan saya pun kena ke kiri. Saya punya excited tu sampai tak perasan ada katil dekat sebelah kepala," ujar Aiman yang terhantuk gara-gara teruja bermain filter tersebut.

Aiman (tengah) memberitahu rakan-rakannya tidak berhenti ketawa selepas melihat dia terhantuk.

Aiman yang kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak, turut memberitahu dua orang rakannya, iaitu Muhammad Nur Haqim Nor Sazli, 22, dan Muhammad Hakim Fadhli Radzali, 20, hanya ketawa tanpa henti selepas melihat kejadian tersebut.

"Mereka bukan nak tolong saya pun, tolong gelak lagi ada la. Nasib baik tak sakit sangat atau benjol.

"Saya tak pergi klinik untuk dapatkan rawatan pun sebab saya kan Aiman, Aiman tak kisah..." ujarnya sambil ketawa mengimbas kejadian tersebut.

Mereka bukan nak tolong saya pun, tolong gelak lagi ada la. Nasib baik tak sakit sangat atau benjol.

AIMAN

Dalam pada itu, ada juga netizen yang membalas tweet tersebut dan memberitahu bahawa muka salah seorang rakannya, iaitu Nur Haqim mirip seorang pendakwah popular.

"Saya pun pada mulanya tak perasan muka kawan saya macam pendakwah tu, mungkin dia tiada 'aura' kot," ujar pemuda yang berasal dari Seberang Prai, Pulau Pinang itu.

Netizen mengatakan wajah Nur Haqim (kiri) mirip seperti seorang pendakwah popular.

Video yang dimuat naik Aiman sehingga kini telah mendapat lebih daripada 165,700 tontonan dan 10,900 retweet (ulang kicau). Rata-rata netizen terhibur melihat kejadian tersebut.

"Orang lain yang terhantuk, orang lain pula yang beriya pegang kepala," kata seorang pengguna Twitter.

"Kawan dia lagi risaukan katil daripada dia," tulis netizen lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Aiman, PUO, instagram filter

Artikel Lain