suria

Dulu bertudung... bakal peguam enggan layan teguran menghina - “Agak bangga sebenarnya dengan penampilan saya dulu dan sekarang”

Perkongsian foto glow up Nisha yang mencuri perhatian ramai di Twitter.

PERKONGSIAN foto glow up bagaikan satu trend yang tidak berpenghujung di Twitter.

Terbaharu, posting glow up seorang wanita muda berusia 25 tahun dikenali sebagai Nisha turut mendapat perhatian ramai.

Menurut pelajar tahun akhir jurusan undang-undang yang menetap di Kuala Lumpur itu, dia bagaimanapun tidak menyangka perkongsian berkenaan akan disulami pelbagai komen kecaman yang melampau.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin dulu orang tak pandang saya” - Gadis kongsi foto glow up rupa-rupanya pernah lalui episod hitam

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Dua Lipa Malaysia’ dikecam kongsi foto glow up 2019... tudung ‘hilang’ - “Saya memang selalu dibenci, ada yang panggil pelacur”

Bercerita kepada mStar, Nisha mengakui peka dengan komen yang diterima, khususnya mengenai penampilannya yang tidak bertudung, berbeza dengan foto lama yang dirakam sekitar 10 tahun lalu.

"Foto glow up memang dah jadi trend. Saya post sebab kawan saya kongsi gambar lama tu di Instagram pada mulanya.

"Saya terkejut bila tengok, rasa berbeza dengan diri saya yang sekarang. Jadi saya share di Twitter. Gambar lama tu sekitar 10 tahun lepas. Masa saya bersekolah di Johor.

Nisha mengakui tidak terkesan dengan komen yang diterimanya.

"Agak bangga sebenarnya dengan penampilan saya dulu dan sekarang. Saya pun tak fikir apa pandangan orang. Kenapa nak sorok gambar lama kita?" soal gadis itu.

Menurut Nisha lagi, rata-rata komen yang diterima bercakap mengenai dirinya yang tidak bertudung.

Namun katanya, dia yang sudah dewasa dan matang tidak begitu terkesan dengan kecaman berkenaan memandangkan hidupnya bahagia dikelilingi rakan-rakan yang sentiasa bersikap positif.

Berhenti hakimi orang berdasarkan penampilan mereka. Siapa nak dngar nasihat kalau sampai tahap menghina. Saya OK dengan teguran secara berhemah.

NISHA

PELAJAR JURUSAN UNDANG-UNDANG

"Saya tak jangka kecaman akan jadi seteruk itu. Tapi saya pun tak fikir sangat. Saya tahu saya tak menepati beauty standard mereka... putih, kurus.

"Saya dah lama di Twitter, memang sentiasa jadi target sebab agak lantang bersuara. Orang tak suka bila kita ada keyakinan diri.

Nisha merupakan gadis berdarah kacukan Malaysia - Indonesia.

"Kalau saya umur 19 atau 20 tahun, mungkin akan terkesan. Kini, saya dah matang dan tak perlu fikir apa mereka nak cakap," ujar gadis berdarah kacukan Malaysia dan Indonesia itu.

Kongsi Nisha, antara komen yang diterima termasuklah harapan agar dia dihumbankan ke neraka.

Pada masa sama, Nisha turut memberi saranan kepada mereka di luar sana agar mencari hobi lain dan mengelak perbuatan sia-sia di laman sosial.

"Berhenti hakimi orang berdasarkan penampilan mereka. Siapa nak dengar nasihat kalau sampai tahap menghina. Saya OK dengan teguran secara berhemah.

Posting Nisha di Twitter.

"Cari kerja, cari hobi... fokus pada diri sendiri. Saya tiada apa nak cakap," ujarnya lagi.

Menurut Nisha yang turut menjalankan perniagaan berasaskan fesyen secara dalam talian, dia agak ralat apabila segelintir netizen meninggalkan komen jahat menerusi laman Instagram.

Ujarnya, dia berharap mereka di luar sana tidak mengganggu Instagram perniagaannya dan enggan membiarkan komen-komen sedemikian dilihat oleh para pelanggan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Nisha, glow up, keyakinan diri, buli

Artikel Lain