“Lelaki kalau dah otak kuning...” - Gadis diugut rogol selepas wajah dikatakan iras artis K-Pop

Syafiqah menerima ugutan rogol selepas wajahnya dikatakan seiras dengan artis K-pop, Nayeon. Foto kanan: Instagram twicenayeon

GARA-gara foto wajahnya dikatakan iras dengan seorang penyanyi kumpulan K-Pop, seorang gadis menerima mesej berbaur lucah.

Lebih mengejutkan, individu yang membuat posting menerusi Twitter itu tertarik dengan gambar yang dimuatnaik olehnya, sehingga mengeluarkan kata-kata lucah.

“Saya mahu rogol bila jumpa dia. Dah lama aku perhati. Dia ni kalau kena ****** memang meraung K-Pop dia,” tulis individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah posting lucah, remaja control baik kena ‘ceramah’ sampai disuruh taubat – “Pertama kali mak menangis masa peluk saya, sebak sangat”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ustaz cium mulut, pipi kamu boleh kan” - Mudir ajak teman tidur sebab takut hantu Cik Bedah, pelajar ‘on’ nak dapat berkat punya fasal

Remaja berusia 17 tahun itu berkata, foto tersebut menunjukkan dia berhijab, memakai baju kurung yang tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan.

Sebahagian posting lucah susulan foto Syafiqah berbaju kurung dan berhijab dikongsikan di laman sosial.

Hanya mahu dikenali sebagai Syafiqah, dia bagaimanapun tidak terkejut dengan segelintir anak muda yang kini mudah terdedah dengan bahan lucah menerusi media sosial dan aplikasi mudah alih.

“Pada awalnya, saya tak sangka dia sanggup dan berani mengeluarkan kata-kata lucah yang keterlaluan, secara terbuka pula tu.

“Tapi bila buat semakan dan berdasarkan maklumat netizen, dia menyamar menggunakan foto orang lain. Sangat biadab dan penakut,” katanya kepada mStar.

Anak kelahiran Kemaman, Terengganu itu berpendapat, foto tersebut dijadikan bahan gurauan individu berkenaan selepas segelintir netizen menyamakan wajahnya dengan Nayeon dari kumpulan K-Pop, Twice.

Tambahan pula katanya, kebanyakan postingnya di laman Twitter sebelum ini banyak membuat perkongsian berkaitan dengan artis-artis dari Korea Selatan.

“Saya tak rasa muka saya macam Nayeon walaupun ramai yang komen di bebenang kata muka kami seiras. Tapi kami ada persamaan... kebetulan saya pun minat lagu-lagu K-Pop dan dia antara penyanyinya, itu sajalah persamaan kami.

Segelintir lelaki bukan kira perempuan tu pakai sopan ke tak, kalau dah otak kuning, memang akan ambil kesempatan. Ubahlah perangai tu.

SYAFIQA

“Saya lebih meminati kumpulan BTS dan Blackpink. Tapi tak dinafikan Nayeon tu cantik dan berbakat selain digilai ramai,” ujar Syafiqah yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Mengenai posting lucah berkenaan, Syafiqah berkata, dia dan keluarganya dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu demi keselamatan dirinya.

Syafiqa menjelaskan persamaannya dengan Nayeon hanyalah minat dalam muzik K-Pop. Foto kanan: instagram twicenayeon

Susulan insiden tersebut, anak bongsu daripada empat beradik itu menasihati semua gadis lebih berhati-hati di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

“Jangan kata di media sosial saja, kat mana-mana pun termasuk di tandas awam sekali pun kena sentiasa berhati-hati.

“Segelintir lelaki bukan kira perempuan tu pakai sopan ke tak, kalau dah otak kuning, memang akan ambil kesempatan. Ubahlah perangai tu,” tegasnya.

lucah, Nayeon, Twice, K-Pop, rogol

Artikel Berkaitan

Artikel Lain