suria

‘Misteri’ rumah rentung... pelajar dedah 3 dompet tak terbakar tapi duit beribu ringgit ‘hangus’ - “Kad pengenalan masih ada...”

Amir dan keluarganya kini tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka terbakar pada Selasa lalu.

TATKALA seluruh rakyat Malaysia bimbang dengan penularan wabak Covid-19, sebuah keluarga di Kajang, Selangor berdepan ujian lain apabila kediaman mereka hangus dijilat api pada Selasa lalu.

Bercerita lanjut kepada mStar, Mohamad Fakhruamir Pakhruruzi, memberitahu kebakaran itu bermula dari tempat letak kereta kira-kira jam 4 petang, sebelum api menyambar bahagian dalam rumah.

"Semasa kejadian, saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari universiti disebabkan pengumuman kawalan pergerakan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Topeng dah kemek, kotor terkena abu arang” - Kepak ayam tak laku, isteri Pak Mat menangis pelanggan tetap datang bawa sumbangan 

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai topeng muka pun tak dijamin selamat kalau...” - Pembantu doktor nasihat golongan obses face mask, ‘borong’ tak ingat orang lain 

"On the way balik tu, saya dapat pesanan ringkas WhatsApp daripada grup keluarga beritahu rumah tengah terbakar. Bagaimanapun, Alhamdulillah semua ahli keluarga saya selamat," ujar Amir.

Tambah Amir lagi, sewaktu kejadian, ibu, bapa, abang, kakak ipar dan datuknya berada di dalam rumah.

"Semasa kebakaran berlaku, ahli keluarga saya sempat alihkan kereta dan papah atuk untuk keluar sebab dia sudah uzur.

Pihak bomba mengesahkan rumah Amir sekeluarga rentung 80 peratus.

"Bomba beritahu rumah kami rentung 80 peratus akibat kebakaran tersebut," kata Amir yang merupakan anak bongsu daripada lima adik-beradik.

Sudah jatuh ditimpa tangga, Amir yang merupakan penuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam jurusan Sarjana Muda Sains Logistik dan Pengangkutan Maritim bagaimanapun hairan apabila wang kepunyaan ibu, datuk dan kakak iparnya hilang selepas kebakaran tersebut.

"Kami sekeluarga pelik, kerana dompet dan beg duit tidak terbakar. Kad pengenalan masih ada tetapi duit dalam tu hilang.

Sekarang ni tengah ada kawalan pergerakan, susah sikit untuk saya ulang-alik dari Serdang ke Kajang untuk ambil barang-barang yang masih boleh dipakai.

MOHAMAD FAKRUAMIR PAKHRURUZI

MANGSA RUMAH TERBAKAR

"Jumlah duit yang hilang lebih kurang RM3,000 juga," ujarnya yang kini tinggal buat sementara waktu di rumah ibu mentua kakaknya yang terletak di Serdang, Selangor.

Dalam pada itu, pemuda berusia 22 tahun ini memberitahu agak sukar buat dia sekeluarga berurusan disebabkan penularan wabak Covid-19.

"Sekarang ni tengah ada kawalan pergerakan, susah sikit untuk saya ulang-alik dari Serdang ke Kajang untuk ambil barang-barang yang masih boleh dipakai.

Amir memuat naik IG Story, kecewa dengan sikap individu tidak bertanggungjawab yang mengambil duit ahli keluarganya.

"Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak universiti dan netizen di Twitter yang prihatin yang memberikan bantuan kewangan sekali gus membantu meringankan beban saya dalam waktu-waktu sukar begini," jelas Amir yang terharu setelah menerima bantuan tersebut.

Posting Amir sehingga kini telah mendapat 20,400 Retweet (ulang kicau) dan 7,926 tanda suka daripada netizen. Rata-rata netizen turut bersimpati dengan dugaan yang menimpa Amir sekeluarga.

"Macam tahu rumah ni, dekat dengan tempat kerja. Semoga Allah permudahkan semuanya," ujar seorang pengguna Twitter.

"Allahuakbar, rumah ni jadi landmark nak masuk Taman Harmoni. Semoga dipermudahkan urusan sekeluarga," tulis netizen lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain