suria

PM: Sesi persekolahan bermula 20 Januari, IPT seawal 1 Mac

Muhyiddin memaklumkan bahawa kesemua institusi pendidikan di bawah KPM akan dibuka mengikut takwim yang telah diumumkan pada 8 November 2020.

SESI persekolahan akan bermula pada 20 Januari ini, demikian menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi perutusan sempena Sambutan Tahun Baharu 2021 yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen sebentar tadi, Muhyiddin berkata keputusan itu dibuat kerana ramai ibu bapa mulai risau anak-anak mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam keadaan yang sempurna.

ARTIKEL BERKAITAN: PM: Banyak perkara kena perhalusi sebelum sekolah dibuka semula

"Dengan mengambil kira keperluan untuk anak-anak mengikuti pembelajaran dalam situasi yang semula jadi di sekolah, saya ingin memaklumkan bahawa kesemua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibuka mengikut takwim yang telah diumumkan pada 8 November 2020,"katanya.

Sementara itu, pembukaan bagi institusi pendidikan swasta dan antarabangsa yang berdaftar dengan KPM bagi sesi 2021 adalah tertakluk kepada kalender akademik institusi tersebut mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara, kata Muhyiddin.

"Bagi yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) pula, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan membenarkan pelajar tempatan kembali ke kampus secara berfasa mengikut IPT masing-masing seawal 1 Mac 2021," katanya.

Sementara itu, bagi IPT yang terletak di Sabah dan Sarawak, kemasukan pelajar tertakluk kepada prosedur yang diguna pakai oleh kerajaan negeri masing-masing. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

sesi persekolahan, 20 Januari, IPT

Artikel Lain