suria

Rekod tertinggi... 2,525 kes di hari terakhir 2020, korban Covid-19 bertambah 8 lagi

Malaysia merekodkan 2,525 kes baharu positif Covid-19 pada Khamis. Foto: Bernama

MALAYSIA merekodkan 2,525 kes baharu positif Covid-19 pada Khamis, sekaligus menjadikannya jumlah harian baharu tertinggi sepanjang pandemik virus itu melanda negara kita.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 23,598 kes.

Daripada 2,525 kes baharu yang telah dilaporkan, 13 merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala 2,512 kes adalah penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Johor pula rekod kes harian tertinggi, Malaysia catat 1,870 jangkitan... 6 korban terbaharu

Pada Khamis, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,205 kes, diikuti oleh Sabah sebanyak 299 kes dan Melaka sebanyak 239 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan lapan kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 471 kes.

"Sehingga kini, terdapat 131 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 60 kes memerlukan bantuan pernafasan," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Pada hari ini, bilangan kes sembuh Covid-19 adalah sebanyak 1,481 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah sebanyak 88,941 kes.

Berikut adalah ringkasan kes kematian pada Khamis:



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, hari terakhir 2020

Artikel Lain