suria

Johor pula rekod kes harian tertinggi, Malaysia catat 1,870 jangkitan... 6 korban terbaharu

Malaysia merekodkan 1,870 kes baharu Covid-19 pada Rabu. Foto: Bernama

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 1,870 kes baharu, menjadikan keseluruhan 110,485 kes setakat Rabu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 22,562 kes.

Daripada 1,870 kes baharu yang telah dilaporkan, dua merupakan kes import, manakala 1,868 kes adalah penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: 1,925 individu lagi dijangkiti Covid-19, Selangor terus catat jumlah kes harian tertinggi

Pada Rabu, Johor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 607 kes, di mana peningkatan ini dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Tembok Choh yang melaporkan sebanyak 374 kes.

Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 472 kes dan Sabah sebanyak 280 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan enam kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 463 kes.

"Sehingga kini, terdapat 131 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 62 kes memerlukan bantuan pernafasan," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, bilangan kes sembuh Covid-19 adalah sebanyak 745 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah sebanyak 87,460 kes.

Berikut adalah ringkasan kes kematian pada Rabu:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Johor, korban

Artikel Lain