suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1,925 individu lagi dijangkiti Covid-19, Selangor terus catat jumlah kes harian tertinggi

Sehingga hari ini, 1,123 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 86,715 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 1,925 kes baharu, menjadikan keseluruhan 108,615 kes setakat Selasa.

Daripada 108,615 kes baharu yang telah dilaporkan, 10 merupakan kes import jangkitan luar negara.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 747 kes diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 360 kes dan Pahang sebanyak 288 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor masih rekodkan jangkitan harian tertinggi, seluruh negara catat 1,594 kes baharu Covid-19... 3 lagi kematian

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dua kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 457 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan dua kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

Perincian kematian hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 457 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 1,123 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 86,715 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 117 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 55 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain