suria

Lagi gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang

Gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Wilayah Klang/Shah Alam dan Petaling, pada Selasa. -foto AZMAN GHANI/The Star

LAGI gangguan bekalan air di Selangor.

Pengguna di beberapa kawasan sekitar Wilayah Klang/Shah Alam dan Petaling bakal berdepan gangguan bekalan air susulan daripada insiden paip utama pecah di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan pada Selasa memaklumkan 58 kawasan sekitar Klang/ Shah Alam dan 72 kawasan di Petaling akan berdepan gangguan berkenaan berikutan bekalan air terpaksa ditutup pada pukul 1 petang Selasa bagi melancarkan kerja-kerja pembaikan paip itu.



Kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air.

Katanya, kerja-kerja berkenaan dijangka selesai sepenuhnya pada pukul 9 malam hari yang sama.

"Bekalan air akan mula disalurkan ke premis pengguna selepas kerja pembaikan selesai. Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza bergantung kepada lokasi dan jarak premis," katanya.



Kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air.

Tambahnya, pengguna juga disaran menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air ini dibuat.

"Pengguna juga disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan ini," katanya. - Sinar Harian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain