suria

Selangor masih rekodkan jangkitan harian tertinggi, seluruh negara catat 1,594 kes baharu Covid-19... 3 lagi kematian

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,594 kes baharu, menjadikan keseluruhan 106,690 kes setakat Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 20,643 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, negeri Selangor pada Isnin melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 697 kes, diikuti Kuala Lumpur (194 kes) dan Johor sebanyak 191 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 1,594 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 455 kes," katanya pada sidang media, petang Isnin.



Kes kematian baharu akibat Covid-19.

Beliau berkata, sebanyak 1,181 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 85,592 kes.

"Sehingga kini, terdapat 116 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat lima kluster baharu dikesan pada Isnin.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain