suria

JBPM buat penerbangan ihsan guna helikopter, hantar organ penderma dari Pahang ke KL

Helikopter model AW 139 9M-BOC itu berlepas dari ibu pejabat JBPM di Indera Mahkota pada pukul 6 petang, Isnin. Facebook: Bomba & Penyelamat Negeri Pahang.

BUKAN perkara yang mudah.

Namun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang bergegas menghantar beberapa organ menggunakan helikopter ke Kuala Lumpur.

Kata Pengarah JBPM Pahang, Ir Wan Mohammad Zaidi Wan Isa, keluarga penderma memberikan empat organ utama yang dihantar ke ibu negara.

"Hopsital Tengku Ampuan Afazan memohon bantuan untuk membawa organ secepatnya ke Insitut Jantung Negara di Kuala Lumpur.

"Hospital minta bantuan kami untuk menghantarnya dalam kadar segera," ujarnya.

Helikopter model AW 139 9M-BOC itu berlepas dari ibu pejabat JBPM di Indera Mahkota pada pukul 6 petang, Isnin.

Perjalanan sekitar 90 minit itu turut disertai empat pegawai perubatan. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain