suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kluster Tembok Mempaga: Semua petugas, ahli keluarga Penjara Bentong dikuarantin serta merta

Sebanyak 282 kes positif Covid-19 direkodkan pada Selasa berkaitan dengan Kluster Tembok Mempaga. Gambar hiasan

BAGI mengekang risiko penyebaran virus Covid-19 berkaitan Kluster Tembok Mempaga, semua petugas dan ahli keluarga Penjara Bentong dikuarantin berkuatkuasa serta-merta sehingga selesai disaring dan disahkan negatif.

Menerusi satu kenyataan pada Rabu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang memaklumkan langkah itu diambil berikutan terdapat 282 kes baharu yang direkodkan daripada kluster itu pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: 1,925 individu lagi dijangkiti Covid-19, Selangor terus catat jumlah kes harian tertinggi

Kes tersebut merupakan jangkitan dalam kalangan kontak rapat seorang tahanan baharu yang dipindahkan ke Penjara Bentong dan diisytiharkan sebagai Kluster Tembok Mempaga.

"Kebanyakan penjara di Semenanjung Malaysia tidak dapat menerima kemasukan kerana berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menyebabkan tahanan Mahkamah Lembah Klang termasuk Petaling Jaya (zon merah) terpaksa dihantar ke Pusat Transit Tahanan (PTP) atau Penjara Bentong.

"Bagaimanapun, ketika ini risiko jangkitan daripada kluster itu rendah dan penyebaran hanya berlaku dalam kalangan penghuni penjara sahaja," menurut kenyataan tersebut lagi.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bentong memberi jaminan bahawa kebajikan dan keperluan harian petugas serta ahli keluarga di Penjara Bentong yang dikuarantin akan sentiasa terjaga. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain