suria

Terkesan angkara PKP, Covid-19 umpama 'wake up call' PKS... ayuh terokai peluang baharu!

Dari kiri, Pengarah Urusan Perniagaan Perbankan, Kumpulan AmBank, Christopher Yap, Pengerusi, AMMB Holdings Berhad, Tan Sri Azman Hashim, Juara Musim 2, PTT Outdoor, Sammy Lee, Ketua Operasi PTT Outdoor Mike Chu, Pengasas PTT Outdoor diikuti, Dato 'Sulaiman Mohd Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank.

TATKALA banyak perniagaan di seluruh dunia cuba bertahan dalam pandemik yang melanda, sebilangan mereka tetap mencapai kejayaan luar jangka biarpun turut terkesan akibat Covid-19.

Dengan hasrat membawa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus menggorak langkah ke hadapan, Pengarah Urusan Perniagaan Perbankan AmBank, Christopher Yap memperincikan rancangan institusi kewangan itu untuk menaikkan lagi industri tersebut.

Mendekati PKS dengan cara betul

Cara kita mendekati perniagaan PKS dibuat berdasarkan segmentasi kerana sedia maklum pentingnya mengklasifikasikan pelanggan dengan tepat berdasarkan keperluan mereka.

Sekiranya anda melihat segmen PKS, banyak bank mendekati PKS sebagai satu segmen yang sama sahaja.

Namun, ia dapat dibahagikan kepada beberapa segmen atau lebih tepat lagi berdasarkan empat segmen.

Segmen pertama adalah pemilik tunggal dan perkongsian iaitu syarikat yang dikendalikan oleh pemilik individu yang memiliki ciri sama dengan peruncit individu yang juga pelanggan AmBank.

Yang kedua adalah PKS kecil. Boleh jadi mereka baru berniaga atau sudah beroperasi selama beberapa tahun.

PKS kecil ini menjana jualan RM5 juta hingga RM6 juta setahun, sementara PKS sederhana mengaut RM15 juta hingga RM20 juta, manakala PKS besar memperoleh jualan RM50 juta atau lebih setahun.

Di AmBank, setiap segmen PKS mempunyai pasukan, proses dan program yang melaksanakan peranan dengan penuh berdedikasi.

Sebagai contoh, jika menyediakan program PKS besar kepada PKS kecil atau pemilik tunggal, ia sebenarnya memberi sesuatu yang terlalu banyak untuk mereka menjalankan perniagaan.

Ia sebenarnya bukan satu perkara yang baik, termasuklah pinjaman.

Terdapat kecenderungan untuk melabur dalam sesuatu yang tidak sesuai dengan perniagaan teras dan situasi ini menyebabkan mereka akan menghadapi risiko kegagalan yang lebih tinggi.

Tetapi jika program kecil disediakan kepada syarikat PKS besar, ia tidak akan mempunyai modal kerja atau pinjaman yang cukup untuk berkembang dengan betul.

Oleh itu, kami membahagikan PKS dengan tepat khususnya apabila melibatkan pinjaman.

Malah, keperluan segmen ini juga sangat berbeza.

Sebagai contoh, PKS kecil mungkin hanya memerlukan akaun semasa dan overdraf kecil, manakala PKS lebih besar pula perlukan kemudahan perdagangan, pertukaran wang asing, akaun pengumpulan atau akaun maya.

Oleh itu, penyelesaian yang AmBank sediakan untuk setiap segmen PKS sangat berbeza.

Perniagaan PKS didorong di seluruh operasi bank, bukan hanya dalam perbankan perniagaan, jadi PKS yang lebih kecil, pemilik tunggal dan perkongsian diuruskan melalui 170 cawangan runcit kerana PKS ada di seluruh negara

berbanding PKS lebih besar yang biasanya berpusat di sekitar bandar atau kota besar.

Berdasarkan kaedah penyebaran strategi pasaran untuk perniagaan, PKS sederhana dan besar ditangani di peringkat perbankan perniagaan. Selain itu, ada juga beberapa PKS lebih besar yang dikelola di bahagian komersial atau pertengahan korporat.

AmBank BizCONFERENCE berlangsung secara maya pada tahun ini.

Berbeza berbanding yang lain

Proses membangunkan, penjualan dan produk adalah satu perkara asas di mana setiap bank boleh melakukannya.

Di AmBank, usaha membina platform dibentuk, selain mempunyai pihak yang tepat, program dan segmentasi khusus untuk PKS.

Memahami keperluan PKS, selain daripada pinjaman, simpanan dan pinjaman berprogram, keperluan usahawan inj sangat berbeza berbanding keperluan pelanggan korporat.

Sebagai contoh, syarikat tersenarai mempunyai kepakaran dan pasukan khusus yang mengendalikan fungsi khusus dan tersusun.

Bagi PKS, AmBank sedar bahawa pasukan golongan itu kecil, tidak berdedikasi dan kebanyakan fungsinya agak kabur.

Kebiasaannya, pemilik dan pasukan berskala kecil akhirnya akan melakukan segala-galanya merangkumi kewangan, sumber manusia, pengeluaran, dan fungsi lain.

Boleh jadi sumber tenaga di bahagian kewangan akan menguruskan sumber manusia, elemen penjenamaan dan pemasaran.

Selalunya, pemiliknya sendiri terlibat dalam semua aspek perniagaan, sekali gus membuatkan pemiliknya sentiasa sibuk.

Pihak PKS seharusnya memastikan pengeluaran mereka berterusan, wujudnya kawalan mutu, pembayaran masuk, serta hal-hal lain.

Oleh itu, apa yang ingin pihak AmBank lakukan adalah membuat platform bagi membantu pemilik perniagaan dan PKS ini untuk membimbing mereka berkembang dan melihat aspek yang sering terlepas pandang.

Jadi, bank in membuat platform yang dinamakan AmBank BizCLUB untuk membantu perniagaan kelas atas, memberikan pendedahan jenama dan pada tahap tertentu memberikan bimbingan kepada PKS sehingga mereka dapat belajar dari perniagaan yang berjaya.

AmBank berinteraksi dengan lebih 1,000 PKS dari seluruh Malaysia melalui AmBank BizCONFERENCEs, AmBank BizRACE dan Sesi Temubual bersama CEO (CEO Chat Sessions)

Fokus kepada kelestarian perniagaan

Walaupun terdapat banyak perniagaan yang berjaya, tidak dinafikan ada beberapa PKS terpaksa gulung tikar dan kini hilang dari radar.

Mereka lesap secara diam kerana tiada pihak yang mahu bercakap mengenai kegagalan.

Statistik menunjukkan daripada lebih RM300 bilion pinjaman PKS yang diberikan di seluruh negara, terdapat sekitar tiga peratus gagal mencapai jumlah mengejutkan sekitar RM100 juta.

Itulah sebabnya kami mahu menggunakan platform AmBank BizCLUB untuk membantu perniagaan mengharungi perjalanan ini dan di bawah AmBank BizCLUB, adalah AmBank BizRACE dan AmBank BizCONFERENCE.

Platform yang telah berjalan untuk tahun ketiga ini telah melibatkan lebih 10,000 peserta.

Sebilangan besar dari usahawan PKS benar-benar dahagakan pengetahuan, pendidikan dan ingin mendapatkan bank untuk membantu mereka memulakan perjalanan menggunakan teknologi baharu untuk mendorong kecekapan dari segi digitalisasi.

Oleh itu, kami pada tahun ini melancarkan AmBank BizCLUB musim ketiga yang memberi tumpuan kepada tiga trek utama.

Untuk mengetahui lebih lanjut, PKS boleh melayari www.ambankbizclub.com dan menunggu untuk dihubungi oleh AmBank bagi menghadiri siri persidangan serta mendaftar ke BizRACE jika berminat.

Sehingga kini, kami telah meluluskan dana RM1 billion kepada lebih 1,500 PKS, kata Pengarah Urusan Perniagaan Perbankan Ambank, Christopher Yap.

Mengutamakan trend penting

Trek pertama - Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Lebih dipacu ke arah aktiviti berkaitan pembuatan, AmBank menyedari banyak PKS mengabaikan kecekapan pacuan dalam bahagian pengeluaran mereka.

Pihak bank juga menyedari bahawa banyak masa, mesin atau keseluruhan bahagian pengeluaran boleh terjejas dan ini mengakibatkan waktu henti yang ketara sehingga mempengaruhi perniagaan mereka.

Jadi bagaimana kita menolong mereka menggunakan IR 4.0?

Ia boleh jadi semudah memasukkan sensor ke barisan pengeluarannya untuk membantu mencegah waktu henti yang mengakibatkan kurang produksi, bermaksud

penjualan dan pengumpulan lebih sedikit.

IR 4.0 sangat penting untuk perkhidmatan berkaitan pembuatan bagi mendorong produktiviti dan meningkatkan kecekapannya.

Wujud salah faham dalam kalangan PKS yang menganggap IR 4.0 adalah program yang sangat mahal dan itulah sebabnya sebagai AmBank berhasrat untuk memberi fokus melampaui pembiayaan semata-mata.

AmBank melihat bagaimana untuk menolong mereka dengan memohon bantuan kerajaan yang sudah tersedia.

Selain itu, membimbing PKS untuk mengguna pakai penilaian kesiapsiagaan mereka dalam menerapkan IR 4.0 sehingga benar-benar berpeluang mendapatkan geran Kementerian Perdagangan Antarbangsa dan Industri (Miti).

Trek kedua - digitalisasi.

Memandangkan berlakunya wabak dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak perniagaan di luar sana tidak dapat bergerak kecuali Yang menyediakan perkhidmatan atau produk penting seperti penghantaran makanan.

Namun, terdapat banyak segmen yang dianggap tidak penting, seperti barang keperluan rumah, tilam, peralatan dapur, atau perkhidmatan pembinaan.

Satu-satunya cara untuk mereka terus bergerak merupakan digitalisasi e-dagang.

Untuk membantu perniagaan sebegini, AmBank bersama Miti bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) untuk membantu mereka berubah ke arah e-dagang.

Syarikat-syarikat ini tidak perlu menghentikan kaedah perniaagan sedia ada, namun e-dagang bakal memberi aliran pendatapan tambahan buat mereka.

Malah, tiada batasan apabila melibatkan e-dagang yang mana usahawan PKS boleh mendapatkan pesanan dari luar negara dan menghantarnya terus kepada mereka.

Melalui inisiatif ini, AmBank berharap dapat membantu PKS memperoleh geran MDeC antara RM5,000 hingga RM200,000 bagi memulakan perjalanan e-dagang.

Trek terakhir - bisnes halal.

Terdapat salah faham yang beranggapan sektor halal hanya berkaitan dengan barang makanan, tetapi jika anda lihat dengan teliti ia merangkumi pelbagai jenis produk dan perkhidmatan, termasuk perkhidmatan pengangkutan.

Sebagai sebuah bank, kami berusaha membantu perniagaan dalam mendapatkan sijil halal dengan kerjasama Jakim, Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Trek ini bertujuan untuk membantu perniagaan mendapatkan sijil halal mereka, sehingga dapat melibatkan diri dalam segmen halal yang berkembang dari hari ke hari.

Keseluruhan idea adalah untuk kita melangkaui pembiayaan dan penjualan, untuk menyediakan platform bagi membantu perniagaan di luar sana untuk mencapai kecekapan, memacu perniagaan baharu dan meneroka segmen halal.

Sebagai tambahan kepada kerjasama dengan kerajaan dan agensi yang menjadi rakan kongsi untuk BizRACE tahun ini untuk kesemua tiga trek yang dinyatakan, AmBank juga berkolaborasi dengan rakan kongsi seperti Microsoft Malaysia, Maxis dan Bosch Rexroth untuk IR 4.0 dan digitalisasi.

Meningkatkan kapasiti PKS

Setakat ini, AmBank mempunyai 18 webinar BizDIALOGUE pada bulan lepas iaitu webinar berskala kecil Yang membolehkan berlakunya interaksi dua hala.

Seminar ini menyediakan sesi Soal Jawab (Q&A) yang lebih dekat dengan penceramah iaitu personaliti perniagaan berjaya.

AmBank juga menganjurkan BizCONFERENCE digital di seluruh Malaysia. Sesi ini berlangsung secara maya dan menampilkan pelbagai agensi kerajaan dan pemimpin industri.

Peserta top 30 AmBank BizRACE 2019.

Menjuarai pertumbuhan PKS yang berterusan

AmBank memahami bahawa pembiayaan sangat penting dan sehingga pembiayaan sebanyak RM1 bilion telah diluluskan untuk lebih daripada 1,500 PKS.

Di bawah bimbingan Bank Negara Malaysia, AmBank juga menggunakan sistem bayaran balik yang disasarkan dan berfungsi untuk pelanggan, terutama melibatkan sektor yang rapuh.

PKS juga dapat menghubungi pengurus hubungan mereka atau ke bank, dan AmBank akan datang melihat bagaimana dapat menolong PKS dalam kemudahan, pinjaman atau penyusunan semula operasi.

Bagi AmBank, hampir RM4 juta telah dibelanjakan untuk ketiga-tiga BizRACE. Lebih penting lagi, peluang ini ditawarkan kepada semua PKS, malahan anda tidak perlu menjadi pelanggan AmBank.

Ambank berada di sini untuk pelanggan dari peringkat awal sehingga mereka sudah bersedia untuk disenaraikan. Kami menggelarkannya sebagai buaian ke IPO.

Sejak tahun 2017 hingga sekarang, bank telah berkembang dengan pesat dan tentu sahaja sangat berbangga kerana diiktiraf dengan penerimaan beberapa anugerah, misalnya, Institut Perbankan dan Kewangan Asia SME Bank, atau SME Bank of the Year untuk dua tahun berturut-turut (2019 dan 2020), begitu juga Alpha Southeast Asia - SME Bank Terbaik di Malaysia (2019 dan 2020), dan untuk Perbankan dan Kewangan Global - SME Bank Malaysia terbaik selama tiga tahun berturut-turut (2018 hingga 2020).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain