suria

Covid-19: Kembali meningkat 3 angka, Malaysia catat 182 kes baharu pada Jumaat

Malaysia merekodkan 182 kes positif Covid-19 pada Jumaat.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 182 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,810 kes setakat Jumaat.

Daripada 182 kes baharu yang telah dilaporkan, 181 adalah kes tempatan melibatkan 90 warganegara dan 91 bukan warganegara

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 45 kes baharu Covid-19,40 libatkan Kluster Benteng di Sabah

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 128 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 128 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 14 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 9,181 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, sembilan kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tambah Dr Noor Hisham, sebahagian besar kes melibatkan Kluster Benteng di Sabah (167) dan Kluster Sungai serta Telaga di Kedah (14).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berikut

Harga minyak turun lagi

Artikel Lain