suria

Malaysia catat 45 kes baharu Covid-19, 40 libatkan Kluster Benteng di Sabah

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. Gambar hiasan/Foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 45 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,628 kes setakat Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 333 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 45 kes baharu yang dilaporkan, satu adalah kes import melibatkan seorang warganegara yang pulang dari luar nitegara.

Menurut Dr Noor Hisham, 44 kes adalah penularan tempatan, terdiri daripada 11 warganegara Malaysia dan 33 bukan warganegara.

Beliau menambah, sebahagian besar kes pada Khamis adalah daripada Kluster Benteng di Sabah dengan 40 kes

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes," katanya pada sidang media, petang Khamis.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 24 kes telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 9,167 kes.

"Sehingga kini, terdapat terdapat sembilan kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana lima kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain