suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penamaan calon PRN Sabah berlangsung di 73 pusat seluruh negeri

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persiapan sebelum berlangsung proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Foto: Bernama

BERMULA pukul 9 pagi tadi, proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 berlangsung di 73 pusat di seluruh negeri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat persiapan rapi di semua pusat penamaan calon itu, yang antara lain terdiri daripada dewan komuniti dan sekolah.

Ia bagi memastikan kelancaran proses berkenaan di sebalik prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha membendung penularan Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Sabah: SPR tetapkan hari mengundi 26 September, penamaan calon 12 September

PRN Sabah bakal menyaksikan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertanding dengan 13 kerusi baharu hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Kerusi tersebut ialah Bengkoka, Bandau, Pintasan, Pantai Dalit, Darau, Tanjung Keramat, Limbahau, Tulid, Telupid, Sungai Manila, Lamag, Segama dan Kukusan.

SPR menetapkan 26 September ini sebagai tarikh pengundian manakala pengundian awal pada 22 September.

Sebanyak 1.12 juta pengundi layak memilih pada pilihan raya mengejut itu.

PRN Sabah diadakan susulan pembubaran DUN yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai lepas, sehari selepas bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

PRN Sabah, penamaan calon, 73 pusat

Artikel Lain