Lebih 10,000 rakyat Malaysia di luar negara terutama penuntut tahun akhir, pekerja berpotensi terkandas kerana sekatan perjalanan Covid-19 - Ismail Sabri

Kerajaan sedang berusaha untuk memudahcara kepulangan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara akibat penularan wabak Covid-19.

SERAMAI 10,484 rakyat Malaysia dikenalpasti sebagai individu yang terkandas dan berpotensi untuk terkandas di luar negara susulan wabak Covid-19 sejak ia mula menular awal tahun lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang tergolong di dalam kumpulan ini adalah pelajar yang akan menamatkan pengajian serta pekerja yang mungkin diberhentikan oleh majikan masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: 43 rakyat Malaysia yang terkandas di Nepal kembali ke tanah air, hanya sejumlah masih tinggal atas kehendak sendiri

"Yang berpotensi terkandas ni contohnya pelajar dalam tahun akhir yang tak lama lagi habiskan pengajian, mereka perlu pulang. Mungkin kontrak rumah sewa akan tamat pada tarikh sekian-sekian. Jika tak boleh pulang, mereka akan terkandas.

"Begitu juga yang bekerja di negara berkenaan tiba-tiba diberhentikan atau akan diberhentikan. Sekarang ini mereka berpotensi untuk terkandas, tapi bila diberhentikan, mereka akan terkandas," ujarnya pada sidang media pada Isnin petang.

Menurut Ismail, kerajaan prihatin dengan golongan yang berdepan dengan situasi berkenaan dan sedang berusaha untuk memudahkan cara kepulangan mereka ke tanah air.

"Bagaimanapun, terdapat beberapa kekangan peraturan negara-negara asing termasuk larangan pesawat asing untuk mendarat di negara mereka. Ini bukan semudah yang kita fikirkan.

"Pertama, tak ada pesawat komersial dari negara tersebut untuk bawa pulang rakyat kita... dan kalau kita ingin hantar pesawat yang disewa khas oleh kerajaan kita, juga ada negara yang masih tak benarkan kerana mereka masih tutup pintu.

"Mesyuarat khas telah meminta Wisma Putra untuk berbincang dengan rakan sejawatnya bagi mencari jalan penyelesaian.

"Wisma Putra juga diminta untuk meneliti perancangan serta kosyang terlibat bagi proses repratriasi rakyat Malaysia yang terkandas," ujarnya sambil menambah adanya cadangan menggunakan Tabung Covid-19 untuk tujuan membawa pulang rakyat Malaysia terlibat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain