suria

Kecoh video maki hamun di kaunter, JPJ jawab dakwaan berlaku di pejabatnya

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan insiden pertengkaran di kaunter menerusi video yang tular berlaku di pejabatnya.

Menerusi siri tulisan di Twitter, JPJ menyedari klip video yang menunjukkan seorang individu telah memaki hamun seorang pegawai yang bertugas di kaunter.

"JPJ memandang serius sebuah klip video yang tular... siasatan lanjut mendapati situasi tidak berlaku di premis atau pejabat JPJ sebagaimana yang didakwa," tambahnya.

JPJ turut mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan agar rakyat mudah berurusan dengan jabatan itu, dan mendapat layanan yang sewajarnya.

Menerusi klip video yang tular pada Rabu, seorang lelaki hilang kawalan dan mula menjerit kepada seorang pegawai, dengan mendakwa dia telah menunggu selama empat jam.

Dia kemudian terus memaki hamun kakitangan lain di kaunter.

Bagaimanapun, video tersebut tidak dinyatakan bila dan di mana insiden tersebut, tetapi beberapa individu mendakwa ia berlaku di pejabat JPJ. - The Star

JPJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain