suria

Papan iklan tertera ucapan ‘Deepevali’ jadi bahan jenaka

(kiri) Papan iklan tertera ucapan dengan kesilapan ejaan. (kanan) Kesilapan ejaan pada papan iklan telah diperbetulkan.

BUKIT MERTAJAM: Kesalahan ejaan pada tiga papan iklan pesta cahaya yang tertera perkataan Deepavali, yang dieja sebagai "Deepevali" di Machang Bubok, dikesan dan segera diperbetulkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Namun, perkara tersebut terlebih dahulu menjadi bualan di media sosial.

Pengguna Facebook, SJ Sharma berkata: "Kesalahan ejaan tu, saya sangat menyukainya!"

Manakala pengguna lain, Murali Ram menyifatkan kesilapan ejaan tersebut sebagai "lebih mendalam daripada Deepavali" dan memberitahu ia sesuatu yang lucu.

Dan, ternyata penggunaan "Deepevali" bukan sesuatu yang luar biasa, apabila hasil carian di Internet membuktikan bahawa perkataan tersebut dieja seperti itu, digunakan di kebanyakan laman web.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Mertajam, Lee Khai Loon berkata, beliau menyedari kesilapan ejaan sejurus selepas papan iklan berkenaan dipasang pada Jumaat, dan mengarahkan pembetulan dilakukan serta-merta.

"Papan iklan di Cherok To'Kun, Alma dan Permatang Tinggi dipasang pada Jumaat, tetapi perekanya melakukan kesilapan ejaan.

"Daripada mencetak semula keseluruhan papan iklan, yang menelan belanja, kita melakukan pendekatan mesra alam sekitar dengan melakukan pembetulan pada satu huruf.

"Saya mohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung di atas kesilapan itu, tetapi kami bersama-sama dengan penuh bersemangat menantikan sambutan festival yang aman dan harmoni," kata Khai Loon.

Lee Khai Loon, Deepavali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain