suria

Tiga Premis Perniagaan Di Kerinchi Musnah Terbakar

KUALA LUMPUR: Tiga premis perniagaan di Jalan Kerinchi Kiri berhadapan bangunan Bangsar South dekat sini, musnah dalam satu kebakaran petang Khamis.

Ketua Bomba dan Penyelamat Lembah Pantai, Hamid Daud berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran membabitkan kedai makan, bengkel kereta dan motosikal, pada 3.32 petang.

"Lima buah jentera dengan kekuatan 33 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lembah Pantai dan Jalan Hang Tuah dapat mengawal kebakaran kira-kira jam 4.28 petang," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain