suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki cekik anak kekasih hingga maut, berang terberak dalam seluar

Suspek akan ditahan reman bagi membantu polis melengkapkan siasatan. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai dibunuh oleh kekasih ibunya dalam satu kejadian tragis pada 11 Disember lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Farhan, dicekik oleh suspek berusia 44 tahun, ketika tidur bersama pada malam kejadian.

Dilaporkan kejadian berlaku gara-gara mangsa secara tidak sengaja membuang air besar di dalam seluar.

Berang dengan kejadian tersebut, suspek bertindak memukul dan mencekik mangsa.

Apabila ibu mangsa, Shahnaz Sheikh, 28, yang bekerja sebagai pembantu rumah pulang, suspek memaklumkan mangsa telah terjatuh. 

Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan, sebelum dipindahkan ke sebluah hospital kerajaan. 

Malangnya, dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Hasil bedah siasat mengesahkan bahawa punca kematian mangsa adalah akibat dicekik. 

Polis sudah menahan suspek untuk membantu siasatan. -Agensi 

Artikel Lain