SEBUAH pesawat perubatan dari Mexico terhempas di Teluk Galveston, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.
Menurut pihak berkuasa, pesawat itu terhempas di kawasan teluk ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Scholes.
Insiden itu mengorbankan sekurang-kurangnya lima individu dan mencederakan dua yang lain, menurut pihak berkuasa.
Pengawal Pantai AS menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 3.15 petang sebelum bertindak balas dengan segera.
Rakaman video dari lokasi kejadian menunjukkan sekurang-kurangnya seorang mangsa kanak kanak yang cedera diselamatkan sebelum dibawa ke ambulans.
Menurut Pejabat Syerif Daerah Galveston, pasukan penyelam mereka turut membantu operasi di lokasi nahas.
Jabatan Keselamatan Awam Texas mengetuai siasatan kejadian, dengan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan turut berada di lokasi. -Agensi


