suria

Liat Lunas KWSP, 171 Majikan Disekat Ke Luar Negara

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyenaraikan sebanyak 171 nama pengarah syarikat kepada Jabatan Imigresen untuk dibuat sekatan daripada mereka ke luar negara.

Sekatan itu dibuat selepas pengarah terbabit menerusi syarikatnya gagal melunaskan potongan KWSP terhadap pekerja mereka.

"Bagaimanapun jumlah pengarah yang disekat untuk ke luar negara menurun berbanding tahun lalu yang mencatatkan sebanyak 240 individu.

"Kami akan terus mengeluarkan arahan tegas ini kepada majikan dan pengarah syarikat yang gagal melunaskan pembayaran yang merupakan hak kakitangan," kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar.

Dalam kenyataannya pada Isnin, beliau berkata, jumlah majikan yang tidak membuat potongan KWSP kepada kakitangan menurun selepas pihaknya melakukan operasi besar-besaran.

Katanya, sebanyak 122 syarikat telah didenda sebanyak RM208,550 dan jumlah itu menurun berbanding tempih sama tahun lalu .

Artikel Sebelum

Artikel Lain