suria

SPAD Gerakkan Pegawai Samaran Banteras Pemandu Teksi Penyangak

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggerakkan pegawai penguatkuasa yang menyamar dalam usaha membasmi pemandu teksi yang penyangak, kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Kamal Mohamed Ismal.

Beliau berkata langkah berkenaan berjaya mendapatkan rakaman video beberapa pemandu teksi yang sudah menjadi kebiasaan mengenakan bayaran lebih di kawasan terkenal seperti di Bukit Bintang, KLCC, Kelana Jaya, Subang Jaya dan Serdang.

"SPAD kini sedang memproses semua video dan menyoal siasat pemandu terlibat sebelum tindakan diambil.

"Langkah-langkah Punitif akan diambil bukan sahaja terhadap pemandu teksi tetapi juga persatuan pengusaha teksi agar pemain industri ini mengambil iktibar dan menjaga tanggungjawab dan akauntabiliti mereka," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Selain itu, SPAD turut melahirkan kebimbangan mengenai pemandu teksi yang mencabul penumpang mereka sebagaimana dilaporkan dalam dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan empat hari lalu bertajuk "Irania: More needs to be done against rogue taximen'.

Mohd Nur Kamal berkata pemandu pemandu teksi yang didakwa mencabul penumpang mereka telah dikenal pasti dan kini disiasat. Jika didapati bersalah, lesen mereka akan dibatalkan, katanya.

Orang ramai boleh menghubungi SPAD melalui akaun Twitter. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain