suria

Ibu Dakwa Kematian Anak Ada Kaitan Kejadian Buli

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar berumur 13 tahun meninggal dunia di sebuah klinik di Semenyih pada Jumaat, dengan ibunya mendakwa ia mungkin ada kaitan dengan kejadian buli yang menimpa anaknya.

Wanita itu, B. Thanamalar, 43, berkata mendiang T. Kavinraj sebelum ini sering mengadu dibuli rakan-rakan di sebuah sekolah di Rinching, Semenyih.

"Semalam (Jumaat), anak saya keluar dari tandas dan beritahu saya dia telah minum sebotol ubat sebelum saya menyedari mukanya berubah menjadi kebiru-biruan.

"Kami terus membawanya ke klinik sebelum dia disahkan meninggal dunia oleh doktor di klinik itu," kata Thanamalar kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Serdang,Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan menerima laporan kes itu yang dikategorikan sebagai mati mengejut.

alam pada itu, penganalisis jenayah, Datuk Akhbar Satar berkata satu mekanisme lebih menyeluruh perlu dicari untuk menangani insiden buli melibatkan pelajar sekolah.

Ini kerana ia boleh menjurus kepada mangsa dalam sesetengah kes bertindak mengambil nyawa sendiri akibat tidak tahan tekanan, katanya kepada Bernama.

Akhbar berkata ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan penting dan memandang serius perkara itu, termasuk menggerakkan kempen anti-buli di peringkat sekolah selain merancakkan program pembimbing rakan sebaya.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain