suria

Dua Maut Dalam Kemalangan Berasingan Di Lebuhraya Utara Selatan

Keadaan kereta yang terbalik dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan di Kilometer 444.7 arah Kuala Lumpur dekat Rawang.
Keadaan kereta yang terbalik dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan di Kilometer 444.7 arah Kuala Lumpur dekat Rawang.
Keadaan kereta yang terbalik dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan di Kilometer 444.7 arah Kuala Lumpur dekat Rawang.

PETALING JAYA: Dua maut termasuk seorang penunggang motosikal dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Utara Selatan dekat Kuala Lumpur pada pagi Rabu.

Jurucakap polis berkata, Hoh Kok Chai, 29, berasal dari Ampang meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandunya di Kilometer 444.7 arah Kuala Lumpur dekat Rawang pada kira-kira pukul 7 pagi.

“Siasatan awal mendapati kereta Proton Wira yang dipandu Hoh dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh kon-kon keselamatan tapak pembinaan di laluan lebuhraya.

"Kereta itu kemudiannya terhumban kira-kira 50 meter ke arah longkang sebelum terbalik,” katanya.

Menurut jurucakap polis, kejadian itu hanya disedari oleh pekerja penyelenggara lebuhraya yang mendapti terdapat kesan rempuhan pada sususan kon.

“Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya lagi.

Dalam kejadian lain, seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunganginya hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta di Kilometer 457.9 berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buloh pada kira-kira pukul 7.30 pagi.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang cedera parah akibat tercampak maut ditempat kejadian.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Syahrizzudin Abdul Razak, 22, berasal dari Kuang, Selangor.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987),” katanya.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan laluan sesak di tempat kejadian di lebuhraya sepanjang kira-kira lima kilometer.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain