Khalid Mahu Sin Chew Daily Perjelas Dakwaan Letak Jawatan - Semasa | mStar

Khalid Mahu Sin Chew Daily Perjelas Dakwaan Letak Jawatan

Abdul Khalid Ibrahim.
Abdul Khalid Ibrahim.

KLANG: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, memberi penjelasan mengenai laporan berita akhbar itu baru-baru ini, kononnya beliau meletak jawatan.

Akhbar itu mendakwa kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membuat keputusan melantik Timbalan Presiden Azmin Ali, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, untuk menggantikan beliau sebagai Menteri Besar.

Abdul Khalid berkata, akhbar itu diminta memberi penjelasan berkenaan berita itu sebelum sambutan Tahun Baharu Cina minggu depan.

"Spekulasi itu sangat tidak baik dan kita kita minta penjelasan daripada Sin Chew bagaimana cerita itu boleh timbul kerana ia akan menyusahkan dan mengelirukan rakyat," katanya.

"Jika cerita itu benar tak apa tapi kalau tak benar tidak elok," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jom Shopping Kerajaan Negeri di pasaraya Giant Bukit Tinggi, dekat sini, Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi diberi tempoh dua minggu untuk membuat siasatan terhadap Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif Kerja perbadanan itu, Norita Mohd Sidek.

Kedua-dua pegawai kanan PKNS itu telah ditukarkan ke pejabat SUK sejak Isnin lepas untuk disiasat berhubung kes penamatan perkhidmatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain