suria

Mayat Warga Malaysia Terkorban Di Kabul Dibawa Pulang Esok

KUALA LUMPUR: Keranda berisi mayat seorang warga Malaysia yang terkorban dalam serangan pengganas di Afghanistan dijangka diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang esok (Jumaat).

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Khamis berkata ia menjalin kerjasama dengan Adam Smith International (ASI), majikan Gnanathurai Nagarajah, 66, yang terbunuh dalam serangan nekad ke atas Restoran 'Taverna du Liban' di Kabul pada 27 Januari.

Menurut kenyataan itu kementerian berkenaan turut berhubung dengan anak lelaki mendiang Gnanathurai.

"Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, yang ketika ini ditauliahkan ke Afghanistan, bersama Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, memberi bantuan untuk membawa pulang mayat mendiang, termasuk prosedur lapangan terbang semasa singgah di Dubai," jelas kenyataan itu.

Mendiang Gnanathurai adalah penasihat dasar belanjawan dan pembaharuan bagi kerajaan Afghanistan. - BERNAMA

Artikel Lain