suria

Bengkel Terbakar di Selayang, Lima Buah Kereta Hangus

KUALA LUMPUR: Sebanyak lima buah kereta musnah dalam kebakaran sebuah bengkel kereta dekat Batu 8, Selayang di sini malam Isnin.

Ketua Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah berkata, pihaknya mendapat penggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut pada pukul 8.08 malam.

“Seramai 14 anggota bomba telah tiba di lokasi selang lima minit kemudian untuk melakukan operasi pemadaman api," katanya.

Tambahnya, selain itu, terdapat tambahan anggota bomba dari Selayang dan Gombak serta lori tangki bomba dari Sungai Buloh membantu operasi memadam api.

“Kebakaran itu merosakan 90 peratus daripada bengkel berkenaan, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

“Keseluruhan api berjaya dipadam pukul 8.38 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan unit forensik bomba," katanya

Menurutnya, dalam kejadian itu sebanyak tujuh buah kereta yang ditinggalkan berhampiran berjaya diselamatkan oleh anggota bomba daripada turut musnah terbakar.

Artikel Lain