suria

Polis Kenalpasti Baki Ahli Sindiket Pemerdagangan Orang

BUTTERWORTH:Pihak polis mengenal pasti beberapa lagi anggota sindiket pemerdagangan warga asing di Pulau Pinang yang berlaku sejak beberapa bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata pihaknya percaya akan dapat menahan anggota sindiket itu dalam tempoh terdekat.

Khamis lepas tujuh warga Myanmar termasuk dua wanita ditahan kerana menyeludup 35 lelaki Bangladesh yang dikurung di Taman Selayang, Sungai Puyu di sini.

Beliau berkata ketujuh-tujuh mereka masih direman dan akan didakwa menurut Seksyen 26H Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dalam tempoh terdekat.

Sindiket ini dipercayai dianggotai warga tempatan dan asing yang menjadikan beberapa lokasi di Pulau Pinang termasuk Taman Selayang sebagai tempat menyembunyikan warga asing sebelum dijual kepada majikan di sini.

Warga asing tersebut dilaporkan dibawa masuk melalui negara jiran. BERNAMA

Artikel Lain