suria

Polis Ambil Tindakan Ke Atas Pengendali Rumah Warga Emas Terbiar

PUTRAJAYA: Tindakan akan diambil terhadap pengendali rumah warga emas yang ditinggalkan di Taman Wahyu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis akan menyiasat perkara itu dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Kami akan meneliti undang-undang yang dilanggar oleh pengendali itu.

"Sudah tentu tindakan akan diambil terhadap pesalah itu," katanya pada sidang media di sini Selasa.

Mohd Bakri berkata beliau terkejut mengenai pembongkaran rumah penjagaan warga tua yang ditinggalkan oleh pengendalinya baru-baru ini.

"Kita akan menyiasat perkara ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain