DUA pencuri tertinggal motosikal yang digunakan mereka ketika mencuri sebuah kenderaan lain selepas kegiatan tersebut dihalang penduduk setempat.Kejadian dilaporkan berlaku di Palmerah, Jakarta Barat pada pagi Rabu. Ketua Polis Palmerah, Pesuruhjaya Gomos Simamora berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi ketika dua suspek cuba melarikan sebuah motosikal sebelum disedari penduduk setempat.Menurutnya, suspek bertindak melepaskan tembakan [Tonton Video] selepas beberapa penduduk cuba menghalang perbuatan mereka."Seorang penduduk ditembak di bahagian kaki ketika cuba untuk membantu," katanya kepada pemberita pada Rabu.Gomos memaklumkan, kedua-dua suspek berjaya melarikan diri dengan motosikal milik mangsa, tetapi motosikal yang digunakan mereka tertinggal di lokasi kejadian."Siasatan awal mendapati terdapat dua pelaku. Mereka merampas motosikal mangsa dan melarikan diri, sementara motosikal milik mereka tertinggal di tempat kejadian," jelasnya.Tambahnya, kes kini disiasat oleh beberapa unit polis termasuk Briged Bergerak (Resmob) dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.Dalam pada itu, mangsa yang cedera dilaporkan selamat dan telah mendapatkan rawatan. -Agensi