suria

Negara Perlu Polisi Kebajikan Haiwan - Lam Thye

KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan polisi kebajikan haiwan sekiranya mahu menjadi negara maju, prihatin dan penyayang, kata Penaung Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Selangor, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata sudah tiba masanya negara turut melaksanakan piawaian antarabangsa mengenai kebajikan dan kesejahteraan haiwan.

"Itu sebabnya kita berusaha agar rang undang-undang mengenai kebajikan haiwan diluluskan di Parlimen secepat mungkin.

"Malaysia perlu membina sistem memantau dan mengesan kebajikan haiwan bagi menghalang penganiayaan dan layanan buruk terhadap haiwan," katanya dalam satu kenyataan.

Lee berkata beliau telah bercakap dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengesahkan rang undang-undang itu telah dideraf Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain