suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

15 Sekolah Di Pasir Mas Ditutup Akibat Banjir

KOTA BARU: Sebanyak 15 sekolah di jajahan Pasir Mas terpaksa ditutup pada Isnin akibat banjir.

Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang berkata sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Setol; SK Kok Pauh; SK Kubang Kua; SK Kampung Baru; SK Gual To Deh; SK Seri Rantau Panjang 1; SK Seri Rantau Panjang 2;

SK Rantau Panjang; SK Gual Sintok; SK Gual Tinggi; SK Kampung Rahmat; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah Siram; SABK Diniah Bonggor; dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon.

Hussain berkata sebanyak 6,799 murid dan 569 guru terlibat dengan penutupan sekolah-sekolah berkenaan.

Beliau berkata sekolah berkenaan akan beroperasi semula apabila keadaan banjir pulih.

"Kami sentiasa mendapatkan perkembangan keadaan semasa banjir di setiap sekolah daripada setiap Pejabat Pelajaran Daerah dari semasa ke semasa dan apabila keadaan dilaporkan pulih sepenuhnya sekolah terbabit akan dibuka semula," katanya dalam kenyataan di sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain