suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zainal Rahim TKP Perkhidmatan Awam (Operasi) JPA Baharu

Zainal Rahim Seman.
Zainal Rahim Seman.

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang baharu berkuat kuasa 13 Januari.

Menurut kenyataan JPA di sini Rabu, Zainal Rahim, 57, yang mempunyai pengalaman luas selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam menggantikan Datuk Dr Ismail Alias.

Dilahirkan pada 24 Ogos 1957, Zainal Rahim merupakan anak jati Perak dan berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Sains Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 9 Januari 1984 dan telah memegang beberapa jawatan penting dalam jabatan kerajaan.

Antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Ketua Penolong Pengarah di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang.

"JPA juga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr Ismail Alias atas sumbangan yang diberikan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain