PUTRAJAYA: Malaysia dan Turki akan menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) pada April, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, ia dipersetujui oleh rakan sejawatannya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam mesyuarat dua hala pada Jumaat.
Mesyuarat diadakan di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Najib berkata pemeteraian itu akan diadakan di Istanbul semasa lawatannya ke Turki.
Beliau juga berkata, kedua-dua negara sedang mengkaji untuk memansuhkan keperluan visa di antara kedua-dua negara itu.
"Draf perjanjian itu sedang diusahakan oleh kementerian dan agensi berkaitan," katanya pada sidang media bersama selepas mesyuarat dua hala itu.


