Kalimah Allah: Jais Terlupa Maklumkan Mengenai Serbuan - Sallehen - Semasa | mStar

Kalimah Allah: Jais Terlupa Maklumkan Mengenai Serbuan - Sallehen

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberitahu bahawa mereka terlupa untuk memaklumkan kepada jabatan-jabatan berkaitan dalam kerajaan negeri itu berhubung serbuan yang menyaksikan lebih 300 salinan bible dirampas di pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada Khamis.

Selepas pertemuan dengan pengarah Jais dan pengarah penguatkuasa yang melakukan serbuan itu, Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, alasan yang diterima adalah Jais terlupa untuk memaklumkan pihaknya dan pejabat Menteri Besar berhubung serbuan pada pagi Khamis itu.

"Jais mendakwa bahawa mereka melakukan serbuan itu kerana merasakan ia melanggar Enakmen 1988 tentang penggunaan kalimah Allah," katanya pada Jumaat.

Sallehen turut meminta Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad untuk menyediakan laporan berhubung serbuan itu.

Jelasnya lagi, beliau akan mengadakan pertemuan dengan wakil PBM pada Isnin sebelum menghantar kesemua maklumat relevan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kami perlu mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak sebelum menghantar maklumat kepada Menteri Besar," katanya.

Beliau berkata, Khalid kemudiannya akan mendapat perkenan Sultan Selangor sama ada Jais telah bertindak di luar bidang kuasa mereka.

Difahamkan serbuan itu dilakukan selaras dengan peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam Negeri Selangor (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang melarang penggunaan 'Kalimah Allah' di kalangan penganut bukan Islam.

Antara 350 salinan penerbitan Kristian yang dirampas termasuk Bible dalam Bahasa Malaysia atau Al-Kitab (310) dan versi Iban atau lebih dikenali sebagai Bup Kudus (10).

Beberapa pegawai penguatkuasa serbuan turut merampas 20 salinan Luke Gospel dalam Bahasa Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain