suria

'Kasanova' Larikan Diri Dari Tahanan Polis P.Pinang Ditahan Di K.Lumpur

GEORGE TOWN: Seorang kasanova yang melarikan diri dari tahanan polis sebelum didakwa kerana memperdayakan wanita telah ditangkap berhampiran pusat makanan segera di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada pukul 7.30 malam Khamis.

K. Prabaharan, 45, ditahan oleh sepasukan polis dari Bukit Aman dan Dang Wangi, kata seorang jurucakap polis, Jumaat.

Apabila melihat polis, dia melarikan diri tetapi polis mengejar dan berjaya menangkapnya.

Dia melarikan diri dari tahanan ketika dibawa ke penjara Pulau Pinang selepas hadir di mahkamah di Cameron Highlands.

Prabaharan dibawa ke Mahkamah Sesyen George Town untuk menghadapi dakwaan lebih 10 kes menipu wanita dengan tunai dan emas di Pulau Pinang, Perak, Johor dan Kedah.

Juruteknik komputer itu didakwa menipu wanita dengan mengaku dirinya seorang Datuk Seri dan doktor.

Pegawai kanan polis wanita, ASP L. Chandkumary, 56, dari Bedong, Kedah, didakwa di Mahkamah Majistret di sini dengan dakwaan cuai sehingga tahanan melarikan diri.

Beliau menafikan sengaja melepaskan Prabaharan, yang dalam jagaan beliau pada pukul 1.50 tengahari pada 9 Oktober di kompleks mahkamah George Town di sini.

Beliau juga mengaku tidak bersalah membuat laporan polis palsu pada pukul 8.05 malam pada 9 Oktober di Balai Polis Jalan Patani, mendakwa bahawa suspek telah menghilangkan diri apabila menulis kenyataan mengenai kes itu di pejabatnya, sementara menunggu kes disebut di mahkamah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain