suria

Helikopter Nuri Mendarat Cemas Di Pulau Perak Dekat Kedah

KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas ketika melakukan tugasan keselamatan di kawasan Pulau Perak, dekat Kedah, pada Ahad.

Pendaratan cemas terpaksa dilakukan kerana helikopter itu mengalami masalah teknikal.

Tiga orang krew di dalam helikopter itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber TUDM ketika dihubungi Bernama pada Isnin mengesahkan kejadian itu tetapi tidak menyatakan masa berlaku.

Katanya, siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu akan dilakukan secepat mungkin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain