Jakim Kenal Pasti 1,500 Pengamal Syiah di Seluruh Negara - Semasa | mStar

Jakim Kenal Pasti 1,500 Pengamal Syiah di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenal pasti kira-kira 1,500 pengamal fahaman Syiah di seluruh negara dengan yang paling aktif ialah di Selangor, Perak dan Johor.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan (Akidah) Jakim, Mohd Aizam Mas'od berkata Jakim kini menjalin kerjasama dengan Jabatan Agama Islam negeri bagi mengambil tindakan perundangan terhadap mereka yang telah dikenal pasti itu.

"Walau bagaimanapun pihak Jabatan Agama Islam negeri-negeri menghadapi masalah untuk mendakwa mereka yang terlibat di Mahkamah Syariah kerana tidak mempunyai bukti yang mencukupi," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau sebelum itu membicarakan isu fahaman Syiah pada seminar mengenai 'Akidah Ummah' anjuran bersama Jakim, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Penerbitan Dian Darulnaim Sdn Bhd.

Ia dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim Datuk Razali Shahabudin.

Mohd Aizam berkata bagi mengatasi masalah tersebut, Jakim akan mengadakan perbincaangn dengan Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi mencari jalan untuk mengatasinya.

Beliau berkata hebahan melalui media mengenai fahaman Syiah serta pemantauan Jabatan Agama Islam negeri-negeri yang ketat, telah memberi kesan kepada perkembangan fahaman itu di negara ini.

Mereka kini semakin berhati-hati dalam menjalankan aktiviti mereka, katanya. "Apa yang penting kita melakukan pemantauan dan tindakan tegas yang membuktikan kesungguhan pihak berkuasa membanteras ajaran sesat ini," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain