suria

Kerajaan Tidak Cadang Wujudkan Penyiasat Bebas Ombudsman

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang mewujudkan institusi penyiasat bebas 'Ombudsman' kerana sudah mempunyai Biro Pengaduan Awam (BPA) yang menjalankan tugas-tugas pemantauan serta mengurus dan membantu aduan-aduan awam yang diterima.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata kerajaan juga membuat keputusan menambah baik BPA bagi meningkatkan dan memantapkan lagi keberkesanannya.

"Ada beberapa perkara yang BPA telahpun diminta untuk ditambah baik seperti kemudahan mengakses dokumen di setiap kementerian, adakan kaunter bergerak bersepadu bersama agensi lain ketika program mesra rakyat," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini Rabu.

Razali berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai alasan mengapa kerajaan enggan mewujudkan Ombudsman bagi membolehkan orang ramai melaporkan pelbagai masalah termasuk salah laku atau salah guna kuasa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain