suria

Pegawai Malaysia Kemukakan Rayuan Temui Mangsa Perhambaan Di Britain

Siti Aishah yang didakwa sebagai rakyat Malaysia berjaya diselamatkan daripada terus menjadi hamba domestik selama lebih 30 tahun oleh pihak berkuasa Britain di sebuah rumah di selatan London.
Siti Aishah yang didakwa sebagai rakyat Malaysia berjaya diselamatkan daripada terus menjadi hamba domestik selama lebih 30 tahun oleh pihak berkuasa Britain di sebuah rumah di selatan London.
Siti Aishah yang didakwa sebagai rakyat Malaysia berjaya diselamatkan daripada terus menjadi hamba domestik selama lebih 30 tahun oleh pihak berkuasa Britain di sebuah rumah di selatan London.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London telah membuat rayuan kepada pihak berkuasa British supaya membenarkan mereka bercakap dengan seorang wanita warga Malaysia yang berjaya diselamatkan bersama dua yang lain daripada menjadi hamba domestik selama lebih 30 tahun.

Pesuruhjaya Tinggi, Datuk Seri Zakaria Sulong berkata pegawai-pegawainya masih belum dibenarkan untuk bertemu dengan wanita berusia 69 tahun itu.

Zakaria berkata perkara itu belum dapat disahkan walaupun beberapa akhbar harian tempatan turut melaporkan latar belakang yang sama dan personaliti yang terlibat.

"Kami perlu bercakap dengan wanita ini untuk mengetahui taraf kewarganegaraannya dengan serta merta. Buat masa ini, polis tidak membenarkan kami bertemu dengannya.

"Kami amat prihatin dan akan melakukan apa saja untuk membantunya. Ini termasuk menghantarnya pulang, jika dia betul-betul rakyat Malaysia," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Zakaria berkata, Suruhanjaya Tinggi tidak dapat mengesahkan taraf kewarganegaraan wanita tersebut berdasarkan laporan Freedom Charity bahawa wanita itu adalah rakyat Malaysia.

Beliau menggesa sesiapa saja di Malaysia supaya tampil dengan butiran mengenai ahli keluarga mereka yang hilang selepas berhijrah ke Britain.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pada Jumaat lalu berkata, Wisma Putra sedang meneliti maklumat berhubung kes itu.

Liputan kes itu semakin jarang didedahkan dengan polis British terus mengunci mulut mengenai usaha menyelamatkan tiga wanita termasuk seorang warga Malaysia berusia 69 tahun.

Salah seorang mangsa telah menghubungi Freedom Charity selepas menonton sebuah dokumentari TV mengenai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Polis Metropolitan telah menahan dua individu bagi membantu siasatan kerana terlibat dengan aktiviti perhambaan domestik.

Terdahulu, The Daily Telegraph melaporkan bahawa sebuah keluarga di Malaysia telah mengesahkan bahawa wanita yang berjaya diselamatkan daripada menjadi hamba selama di Lambert baru-baru ini adalah ahli keluarga mereka.

The Daily Telegraph bertemu dengan seorang pesara guru, Kamar Mautum yang mendakwa kakak kepada mangsa berusia 69 tahun itu yang dikatakan hilang selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.

Kamar menamakan mangsa sebagai kakaknya, Aishah yang disifatkannya sebagai seorang yang pintar dan belajar di salah sebuah sekolah paling elit di Malaysia sebelum mendapat biasiswa Komanwel untuk menyambung pengajian dalam bidang juruukur bahan di London.

Artikel Lain