suria

Gan Sah Tanding Jawatan Presiden MCA

Gan Ping Sieu.
Gan Ping Sieu.
Gan Ping Sieu.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu, 47, pada Selasa mengumumkan beliau akan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti 21 Disember ini, sekaligus menjadikannya pertandingan tiga penjuru.

"Terlalu banyak spekulasi dan keprihatinan mengenai langkah saya seterusnya dalam parti politik.

"Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya akan bertanding bagi jawatan presiden parti pada pemilihan parti akan datang," katanya pada sidang media di sini.

Gan berkata, beliau memberikan khidmatnya berdasarkan nilai asas parti. "Saya akan memberi ruang kepada perwakilan pusat untuk menilainya."

Gan berkata, presiden parti, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengetahui tentang rancangannya tetapi enggan untuk mengulas lanjut.

Pada Isnin, bekas presiden parti, Ong Tee Keat, 57, mengumumkan hasratnya untuk bertanding manakala timbalan presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai, 52, telahpun membuat pengumuman untuk bertanding jawatan itu pada Julai lalu.

Artikel Lain