suria

Edar Dadah: Rakyat Malaysia Terlepas Tali Gantung Di Singapura

Yong (dalam gambar) terlepas hukuman tali gantung.
Yong (dalam gambar) terlepas hukuman tali gantung.
Yong (dalam gambar) terlepas hukuman tali gantung.

PETALING JAYA: Yong Vui Kong, rakyat Malaysia yang dijatuhi hukuman mati di Singapura pada 2009 kerana mengedar dadah terlepas daripada tali gantung.

Dia kini akan menjalani hukuman penjara seumur hidup dan menerima 15 sebatan, menurut Facebook page Save Yong Vui Kong pada Khamis.

Mahkamah Tinggi Singapura memutuskan menukar hukuman mati kepada penjara seumur hidup terhadap Yong yang berasal dari Sabah.

Kes tersebut telah menarik perhatian pelbagai pihak.

Pada tahun lalu, kerajaan Singapura mengumumkan perubahan hukuman mati mandatori yang membolehkan banduan menjalani hukuman lebih ringan jika mereka memenuhi syarat-syarat tertentu.

Sekiranya Peguam Negara mendapati mereka memenuhi kriteria ditetapkan, sijil kerjasama (CoC) akan dikeluarkan bagi membenarkan banduan memohon kepada mahkamah agar hukuman mati diketepikan dan hukuman dikaji semula.

Yong, 25, dari Sabah dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah pada 7 Januari 2009 kerana mengedar 47 gram dadah pada 13 Jun 2007.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain